Mana Pelaburan Yang Bagus?

 

Mana Pelaburan Yang Bagus?

“Afyan, aku nak minta advise kau ni. Aku rasa nak keluarkan duit aku dari ASB. Mana pelaburan yang bagus?”

“Pelaburan paling bagus ialah pelaburan ilmu”

“Aduyai, takkan itu je advise kau? Kau kan pakar. Selalu masuk TV. Keluar akhbar. Masuk radio”

“Hmmm… Cuba invest dekat u it trust”

“Aku tak konfiden la. Aku dah pernah keluar duit KWSP aku. Rugiiiii memanjang”

“Cubalah ASB Financing. Banyak bank Islam ada sekarang. Rate pun dah rendah 4.8‰ pun. Tempoh panjang 35 pun ada.”

“ASB financing? Hari tu aku ada dengar seorang financial planner kata tak bagus ASBF ni”.

“Gini lah, kau beli emas kemudian kau simpan. Senang”

“Emas? Tak berani aku. Nanti hilang.”

“Apa kata kau invest dekat saham. Confirm tak hilang. Hahaha”

“Main saham ni aku tak berani la pula. Risiko besar”

“Apa kata kau invest property. Paling kurang, kau boleh dapat duduk rumah tu nanti”

“Mahal la rumah sekarang. Aku mana mampu. Takkan nak beli rumah flat atau apartmen je”.

“Hmmmm… Apa kau nak sebenarnya?”

” Errrr…. Ada tak investment yang boleh dapat income bulan-bulan dalam 10% ke 20% sebulan? Yang macam ni la yang aku cari. Pendek kata yang duduk diam dapat duit. Kemudian tak ada risiko. Aku malas la risiko, risiko ni.”

“Adeh…Mana la ada investment yang macam tu. Kalau ada pun, ia bukan investment yang boleh duduk diam dapat duit. Ia boleh dapat tapi melalui bisnes atau trading, bukan investment macam yang kau harapkan.

Kalau ada la yang macam tu, kerajaan patut invest dulu melalui ASB dan TH. Kemudian boleh bagi pulangan 55%. Penyimpan Tabung Haji boleh buat haji balik hari”

“Apa la kau ni, kata financial consultant. Blah la…” katanya sambil berlalu.

Tak lama kemudian saya dengar beliau join satu skim cepat kaya dan tersontot. FB pun dah lama tak aktif.

Kisah di atas adaptasi dan diubahsuai berdasarkan kisah benar yang berlaku di Wakanda.

 

Mahukan pelaburan alternatif? Klik sini.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com