fbpx

Market sedang jatuh, apa nak buat sekarang?

  • 2 years ago
  • 7Minutes
  • 1173Words
  • 551Views

Screenshot ini saya ambil daripada posting Dr Azizul Azli Ahmad beberapa minggu lepas.

Memang sekarang market sedang jatuh. Unit trust jatuh. Saham jatuh. Private Mandate jatuh. Kripto jatuh. Emas jatuh.

Dan ejen-ejen atau sifu-sifu yang promote semua pelaburan-pelaburan di atas pun dah tak berapa nak nampak promote.

Dan setiap kali market sedang jatuh, akan ada soalan “Apa nak buat sekarang?”

Sebenarnya ia bergantung kepada objektif dan strategi pelaburan anda. Yang jadi masalah ialah apabila anda melabur sebab ikut-ikutan atau ikut trend.

  • Masa unit trust sedang trending, kita melabur dalam unit trust.
  • Masa saham tengah trending, kita melabur dalam saham.
  • Masa kripto tengah trending, kita melabur dalam kripto.
  • Masa emas tengah trending, kita melabur dalam emas.
  • Masa mana-mana pelaburan sedang trending, ketika itu harga sedang menaik dan mungkin berada di puncak. Apabila melabur di pucuk dan kemudian jatuh, maka ramai akan panik.

Banyak kali saya pesan, berhati-hati dengan pelaburan yang sedang trending. Melabur dengan ilmu, bukan dengan emosi.

Apa yang berlaku adalah ulangan.

Saya sudah banyak kali tulis topik ini saban tahun.

Saya pernah tulis tahu the beberapa kali tahun ini sejak awal tahun. Tahun 2020 pun saya pernah tulis. Sebelum itu tahun 2018 saya tulis. Sebelum itu, tahun 2016 saya juga tulis.

Tulisan-tulisan saya sebelum ini ketika market jatuh. Baca artikel di bawah.

Maksudnya apa?

Maksudnya memang fitrah market ada masa naik dan ada masa turun. Jika tak sanggup tengok market jatuh, lebih baik letak sahaja di Tabung Haji atau ASB. Ia lebih selamat dan tidak perlu sakit jantung kalau jatuh.

Tahun-tahun yang saya tulis di atas itu, ketika market sedang jatuh.

Baik, saya kongsikan balik “Apa nak buat sekarang?”

Apa yg perlu pelabur lakukan? Ada beberapa pilihan.

A. Keluarkan / cut loss. Panik! Panik!

B. Tambah pelaburan, sebab harga tengah murah. Shoping time!

C. Biarkan. Nanti akan naik balik. Wat lek wat pis. Kalau keluar tak tau nak invest mana, lagipun tak terdesak pun nak guna. Nak tambah, tak ada modal la pula. Hahahah!

1. Ia berbalik kepada objektif asal pelaburan kita. Tanya balik kepada diri sendiri; kali pertama kita membuat keputusan pelaburan, apa tujuan kita?

  • Adakah utk setahun?
  • Adakah utk 2 ke 3 tahun?
  • Adakah utk 4-5 tahun?
  • Adakah utk 10 tahun?
  • Adakah utk dana persaraan apabila kita bersara pada usia 55 tahun?

2. Jika kita melabur utk tempoh setahun, unit trust bukan tempatnya. Malah jika utk 2 ke 3 tahun pun, ini bukan tempatnya. Dan jika itulah tujuannya, maka lebih baik keluarkan sahaja.

3. Pelaburan unit trust adalah utk jangka masa panjang, sekarang-kurangnya melebihi 3 tahun setengah. 5 ke 7 tahun lebih baik. Sebaiknya utk sehingga umur persaraan. Pelaburan unit amanah ada kos 3% ke 6%. Kena bagi masa untuk sampai ke titik pulangan modal.

4. Naik turun harga unit adalah perkara normal. Adakah ketika anda melabur dan melihat graf harga unit trust, adakah anda diberitahu bahwa unit trust sentiasa untung? Jika ia tanggapan anda sekarang, lebih baik berhenti. Sama ada berhenti mengharap atau berhenti melabur sama sekali.

5. Jadi, utk mencapai matlamat dalam sesuatu pelaburan, sudah tentu akan berlaku kenaikan dan penurunan harga. Naik dan turun harga unit trust adalah PERKARA NORMAL dalam unit trust.

6. TIDAK ADA unit trust yg SENTIASA NAIK atau yg SENTIASA TURUN. Ia akan berlaku kenaikan dan penurunan dan maklumat itu boleh dilihat di dalam FUND FACT SHEET (FFS) dana yg anda laburkan.

7. Di dalam FFS sudah dinyatakan kadar VOLATILITY dana dalam masa 3 tahun yg dikeluarkan oleh Lipper Leader yg menunjukkan kemampuan harga dana tersebut utk MELONJAK NAIK atau MEROSOT TURUN.

8. Kadar volatility itulah yg menjadi aspek pertimbangan pemilihan dana dan ia dipilih berdasarkan kadar risiko yg sanggup diambil oleh pelabur. Lebih tinggi kadar volatility, maka lebih tinggi peluang untung dan risiko yg pelabur terima.

9. Adakah anda memang berhasrat membuat pelaburan unit trust utk tempoh setahun atau jangka pendek? Jika itulah yg dirancang dan itu memang matlamat anda melabur, maka lebih baik hentikan sekarang.

10. Tapi jika memang anda merancang pelaburan utk jangka masa panjang, kejatuhan harga bukanlah perkara yg anda perlu risaukan. Ia sememangnya perkara yg patut dijangka sedari awal melabur. Tinggal lagi, cepat atau lambat kejatuhan itu.

11. Pelaburan umpama bercucuk tanam; hari ini kita tanam bukan utk kita petik buahnya sehari, seminggu, atau setahun. Paling tidak 3 ke 5 utk mendapat tuaian pertama. Lebih lama, ia akan jadi lebih matang. Pernah dengar tak orang kata “Takkan kahwin hari ini dapat anak esok?”.

12. Sebab itu saya selalu tekankan, labur dgn menggunakan duit lebihan simpanan, bukan dari duit simpanan. Supaya, kita tidak melabur dgn emosi. Ia terpakai utk semua jenis pelaburan termasuk selain unit trust.

13. Sebenarnya, apabila market sedang jatuh, bermakna harga unit trust sedang berada pada kadar terrendah. Maknanya, jika sekarang kita membelinya, kita beli dengan harga yg lebih murah.

14. Cabaran pelabur amatur ialah untuk membuat pemantauan secara berkala terhadap dana-dana pelaburan kita. Cabaran ini bukan sahaja kepada pelabur, malah juga kepada perunding unit trust.

15. Bukan senang seseorang perunding unit trust untuk bantu klien untuk pantau pelaburan pelanggan dan memberi advise kepada pelabur. Bukan senang nak monitor pelaburan pelanggan, advise untuk switching, cut loss, lock profit dan sebagainya. Nak cari pelanggan baru lagi, lagi monitor existing client lagi. Jika Tuan-Puan ada ejen yg sebegitu, hargainya. Jaga dia elok-elok.

16. Seorang rakan perunding pernah berkongsi kepada saya, ketika harga sedang naik, dia pun advise para pelanggan untuk buat withdrawal supaya lock profit. Tapi hanya sempat untuk beberapa klien yang awal ambil tindakan sebelum market crash dan kemudian harga jatuh. Betapa ralat beliau apabila hari beliau nak jumpa klien utk sign borang withdrawal utk lock profit, hari yang sama market jatuh.

PELABURAN ALTERNATIF

17. Antara alternatif yang ada ialah pelaburan menggunakan Private Managed Account (PMA), di mana akaun pelaburan anda diuruskan oleh seorang pengurus pelaburan dan dia akan uruskan untuk melabur ke pelaburan mana. Boleh pilih sama ada unit trust atau direct ke saham.

18. Pengurus dana akan uruskan pemilihan, switching, lock profit, cut loss dan sebagainya. Ia macam unit trust tapi bukan unit trust. Analogi mudah untuk membezakan PMA dengan unit trust ialah:

  • Unit trust macam kita beli baju ready made kat super market. Semua dah siap dsn kita tinggal pilih baju mana yang kita nak.
  • PMA pula macam kita beli baju melalui tukang jahit. Tukang jahit akan ukur saiz badan kita dan jahitkan berdasarkan ukuran tadi.

19. Pelaburan melalui PMA ini tetap ada risiko tersendiri. Cuma bezanya ialah, pelaburan kita diuruskan oleh pengurus pelaburan yang spesifik. Ia sangat sesuai untuk pelabur amatur. Kalau dah pandai, lebuh baik urus sendiri secara online.

20. Malah kita boleh berkomunikasi dengan pengurus pelaburan yang uruskan wang kita. Dengan unit trust ia tidak berlaku. Masa kita baju Melayu dekat Parkson, ada jumpa dengan tukang jahit baju kita? Takkan? Kita hanya jumpa dengan promoter baju tersebut. Sama la analogi PMA dengan unit trust tadi. Untuk unit trust, kita jumpa dengan perunding sahaja.

Ada yang nak dapatkan konsultansi pelaburan di Private Mandate? Klik di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kecoh isu Caprice saman Mydin, saya teringat tips kewangan yang…