fbpx

Market tengah teruk, apa nak buat?

  • 3 years ago
  • 5Minutes
  • 964Words
  • 284Views

Dipetik dari FB Noraini Othman

Market jatuh, saya nak jual!!!!

Telah beberapa kali saya mendapat statement sebegini daripada para pelabur saya mahu pun yang pm tepi iaitu yang telah melabur namun bukan client saya.

Agen dia pun saya kenal, namun saya jawab juga back up agen tu bukan sebab agen tu kenalan saya, tetapi sebab agen itu berpendirian yang sama seperti saya.

Saya tetap konsisten dengan jawapan saya iaitu beli pada harga rendah.

Jika dah beli pada harga tinggi, tidak mengapa, teruskan membeli unit pada harga rendah kerana ini akan menurunkan average cost price.

Apa maksudnya menurunkan average cost price tu?

Contoh:
Jika pembelian unit dibeli pada harga RM1.00 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM100,000, menggunakan akaun KWSP maka pelabur akan dapat unit sebanyak 100,000 unit.

RM100,000/RM1=100,000 unit
Apabila harga jatuh kepada RM0.50, wang pelaburan jatuh kepada RM50,000. Scary?

Yes! Tersangatlah scarynya!

Apa nak buat? Jual?

Ramai yang ambil keputusan jual.

Tidak bersalah dan tidak berdosa pun kalau nak jual tetapi adakah ini tindakan yang bijak?

Ada beberapa situasi yang perlu dinilaikan sebelum pelabur mengambil keputusan untuk jual.

Pertama:
Adakah pelabur meletakkan matlamat pelaburan jangka panjang atau jangka pendek?
Apabila pelabur meletakkan pelaburan di unit amanah, maka seharusnya pelabur perlu dan patut tahu bahawa ianya pelaburan jangka panjang dan pelabur biasanya menggunakan akaun 1 KWSP untuk melabur.

Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan ketika berumur 55 tahun dan pelabur ada perjalanan yang jauh lagi untuk sampai ke destinasi, InsyaAllah.

Jadi sepatutnya pelabur menetapkan atau pasang niat awal-awal bahawa pelaburan di unit trust ini perlu diteruskan sehingga ke umur 55 tahun.

Kedua:
Apakah pelabur yakin bahawa duit yang dilaburkan adalah di fund yang betul?

Apa maksud fund yang betul?

Fund yang betul ialah fund yang boleh memaksimakan keuntungan melebihi tempat sedia ada untuk kepelbagaian porfolio.

Namun jika fund yang dipilih memberikan keuntungan kurang daripada tempat sedia ada, maka ianya adalah pelaburan yang salah dan ini akan mengkayakan agen sahaja.

Bagaimana pula mahu tahu bahawa ianya pelaburan yang memberikan keuntungan melebihi tempat sedia ada?

Saya telah pun menyenarai pendek pelaburan yang dikategorikan sebagai performing fund yang dipasarkan oleh syarikat unit amanah yang saya wakili, boleh buat carian sendiri.

Sahabat Facebook saya yang budiman telah tahu bahawa posting saya adalah secara public dan sesiapa sahaja boleh membaca seterusnya mencedok ilmu pelaburan unit amanah di sini.

Namun jika ada yang mahu bertanyakan tentang fund house lain yang tidak saya wakili, maka sila pm tepi. InsyaAllah saya layan tanpa bias.

Ketiga:
Apa perlu buat ketika market sedang jatuh atau ketika ada harga rendah seperti unit split atau ketika distribution (layman panggil ianya sebagai dividen)?

jawapan saya tetap kekal iaitu BELI!

Kenapa nak beli?

Takut harga x naik kembali?

Takut nanti turun lagi?

Takut nampak lagi rugi?

…dan segala emosi ketakutan yang jika tidak dilapis dengan ilmu yang betul, segala mak nenek ketakutan akan dirasai.

Bila saya kata, melaburlah, tambah pelaburan, beli lagi ketika harga murah atau yang seumpama dengannya, maka jangan segan silu beli unit lagi dan jangan biarkan harga rendah berlalu begitu sahaja dan yang lebih penting lagi, jangan jual!

Sebabnya ialah kategori performing fund ini biasanya akan bounce balik umpama macam bola.

Kita nak lantun bola ke atas, kita perlu terlebih dahulu hempaskan atau jatuhkan bola itu ke bawah.

Lagi kuat kita beri tekanan terhadap bola itu, lagi tinggi lonjakan yang diberikan.

Keempat:
Jika tidak bersedia menanggung risiko yang tinggi maka jangan melabur di unit trust trust atau sebarang pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi.

High return datang bersama high risk.

Bak kata orang Melayu kita zaman dahulu kala ada benarnya: jangan diduga lautan dalam jika kail panjang sejengkal.

Kelima:
Namun jika mahu juga mempelbagaikan pelaburan dan dalam masa yang sama tidak sanggup mengambil risiko yang terlalu tinggi, Phillip ada juga menawarkan produk yang diuruskan fund manager yang berpengalaman tetapi ada service charge yang dikenakan.

Umum mengetahui bahawa pelaburan unit trust melalui KWSP kini boleh dibeli tanpa sebarang kos (di bawah syarikat yang saya wakili) dan dalam masa yang sama, saya juga memberikan konsultasi secara percuma.

Kelima:
Kepada para pembaca yang mahu mencari ilmu unit trust secara google dan kemudian mahu melabur sendiri tanpa agen kerana tidak mahu membayar service charge, saya nasihatkan agar tidak berbuat begitu.

Pengalaman Phillip Capital yang memasarkan pelaburan Private Mandate yang telah memberikan kebebasan kepada pelabur untuk menguruskan sendiri pelaburan mereka, akhirnya mendapat kerugian yang sangat-sangat teruk.

Ini adalah kerana ilmu yang dimiliki oleh para pelabur adalah berdasarkan emosi semata manakala agen yang berpengalaman atau fund manager ialah orang telah lama berada di dalam industri, maka industri pelaburan ini adalah ibarat makanan harian kami.

Keenam:
Pilih agen yang banyak ilmunya.

Maaflah, saya tiada agen yang nak direkemen namun dipersilakan buat carian di Facebook saya mengenai pelaburan unit trust dan nilaikan sendiri.

Ketujuh:
Biarlah yang ahlinya membuat keputusan.

Contoh:
Jika anak kita lemah matematik, adakah kita akan mencari guru Bahasa Inggeris?
Atau jika di dalam kelas di sekolah, Cikgu Matematik Tambahan tidak dapat hadir ke kelas dan Cikgu Matematik menjadi guru gantian, adakah Cikgu Matemaik yang menjadi guru gantian itu akan mengajar subjek Cikgu Matematik Tambahan?

..dan adakah kita akan merujuk persoalan mengenai Metamik Tambahan kepada Cikgu Matematik biasa itu?

Well, you know the answer already.

..banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah sampai di sini sebab ada yang muntah nanti jika posting ini terlalu panjang.

Mudah kata, saya tetap dengan pendirian saya iaitu jika telah melabur di dana seperti Interpac Dana Safi, Eastspring Dinasti Equity, Eastspring Dana Al-Ilham dan Pheim Dana Makmur supaya tambah pelaburan ketika harga sedang rendah supaya dapat rendahkan average cost price dan apabila harga mula naik, para pelabur akan menikmati keuntungan dengan lebih cepat.

InsyaAllah, saya akan menulis di entry lain berkenaan perlunya melabur pada harga rendah untuk menurunkan average cost price kerana ianya melibatkan pengiraan dan sedikit teknikal.

INFAQ Consultancy JDT

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di petik dari Fb Noraini Othman https://www.facebook.com/noraini.othman.7/posts/7645873808788333 Perlunya melabur pada…