fbpx

Perlunya melabur pada harga rendah ketika statement para pelabur kelihatan negatif.

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 486Words
  • 197Views

Di petik dari Fb Noraini Othman

Perlunya melabur pada harga rendah ketika statement para pelabur kelihatan negatif.
Ianya berkenaan menurunkan average cost price.

Biasanya pelabur membeli ketika harga sedang tinggi kerana ghairah melihat keuntungan sesuatu dana dan tidak mahu membeli ketika harga jatuh menjunam lalu apabila beberapa bulan atau tahun telah berlalu, merungut, pelaburan di dana JKL tidak menguntungkan.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Saya mengambil contoh yang paling ekstrem, antara dana yang paling perform yang saya boleh pasarkan dan ini adalah kes sebenar. Bukan direka cipta.

EASTSPRING INVESTMENT DINASTI EQUITY
Time line: 22 Mac 2021 – 21 Mac 2022 (setahun)
Harga tertinggi : RM0.8457
Harga terendah : RM 0.4849
Pelabur A membeli pada harga tinggi iaitu seunit bernilai RM0.8457 dengan sejumlah wang RM100.

RM100/RM0.8457=118.245 unit.

Apabila harga bertukar kepada RM0.558, pelabur A telah membeli lagi sebanyak RM100.

Pelabur A telah mendapat sebanyak 179.2115 unit.

Jumlah unit yang dipegang oleh pelabur A ialah 297.456 unit.

Break even price yang baru untuk pelabur A ialah ((0.8457*100)+(0.558*100))/(100+100)=RM0.70185

Maknanya, pelabur A akan menikmati keuntungan apabila harga seunit naik melebihi RM0.70185.

Jika pelabur A hanya membeli sebanyak RM50, beliau hanya akan mendapat sebanyak 89.6057 unit.

Kiraanya ialah ((0.8457*100)+(0.558*50))/150=RM0.7498

Makanya apabila harga seunit naik melebihi RM0.7498, pelabur akan menikmati keuntungan.

Pelabur B membeli pada harga RM0.4849.

RM100/RM0.4849 = 206.228 unit.

Harapnya korang nampaklah bahawa pelabur B mendapat lebih banyak unit kerana membeli pada harga jauh lebih rendah.

Pelabur B menikmati kenaikan harga dengan senyuman sehingga terbuai mimpi indah.

Nampak tak betapa pentingnya melabur pada harga rendah namun ianya tidak semudah yang kita baca di sini kerana ianya memerlukan emosi yang betul-betul kuat untuk memahami ilmu pelaburan.

Ramai yang hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu pelaburan unit trust namun yang benar-benar ikut nasihat saya, boleh dikira dengan jari.

Yang benar-benar ikut nasihat saya hanya seorang! hahaha…pelik tapi benar!

Akhirnya ada juga bukti bahawa apa yang saya nukilkan ini benar belaka.

Saya tidak pernah bersua muka dengan beliau tetapi selalu berhubung melalui Whatsapp dan call dan beliau ialah pelabur tunai.

Terima kasih kerana percaya saya dan ini membuktikan bahawa tulisan saya ini benar belaka setelah beliau sendiri mempraktikkan apa yang saya tulis.

Tahniah!

Sebab itu sangat penting para pelabur melabur pada harga rendah.

Pelabur yang tidak mahu pening-pening akan hal ini, disarankan sangat untuk melabur secara konsisten setiap bulan tanpa gagal.

Ada banyak sangat kebaikan apabila melabur secara konsisten tanpa gagal setiap bulan, InsyaAllah saya akan tuliskan dalam posting yang lain pula.

Kiraan di atas saya tidak masukkan sales charge kerana kiraan akan menjadi lebih complicated.

Kini harga EASTSPRING DINASTI EQUITY ialah RM0.558 dan harga tertinggi ialah 0.9329.

Jika hangpa tidak mengambil peluang melabur pada harga rendah ini, tak tau apa lagi cek nak habaq.

Lagi satu cek nak habaq mai, hangpa jangan percaya bila ada agen habaq kata harga dah paling tinggi, nanti dia boleh naik lagi tinggi.

Tu sembang, gajah pun boleh terbang… huhuhu

INFAQ Consultancy JDT

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tengah buat kira-kira untuk bayar cukai pendapatan ke tu? LHDN…