fbpx

Masalah kewangan berpunca daripada kos gaya hidup, bukan kos sara hidup (2)

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 343Words
  • 197Views

Baru beberapa hari lepas saya update satu posting berbunyi:

Masalah kewangan banyak berpunca daripada gaya hidup, bukan sara hidup.

Tiba-tiba ternampak posting ini yang nampak mengeluh harga barangan mahal, katanya hidup ini keras.

Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, masalah kewangan kebanyakan berpunca daripada kos gaya hidup, bukan kos sara hidup.

Contoh dalam gambar di bawah ini

  • Pewangi Glade bukanlah keperluan hidup.
  • Sabun pencuci ada yg lebih murah dan jimat berbanding Joy.
  • Tisu Royal Gold bukan keperluan. Keperluan sebenar sekadar kain buruk lebih memadai.
  • Ramen Samyang dpt dijimatkan dgn Megi paket. Kalau tak makan pun tak ada masalah besar.
  • Pewangi Ambi Pur? Kalau tak ada pun hidup kita tak sengsara.
  • Kicap kipas udang memang mahal sedikit. Ada byk lagi brand lain yg lebih marhaen.
  • Vitagen pula bukanlah minuman keperluan pun.

Kos sara hidup sebenar mungkin tak sampai RM300 pun.

Yang jadi mahal ialah kos gaya hidup.

Kalau memang mampu, tak ada masalah pun nak beli semua tu.

Selepas posting ini, ada yang komen yg bermaksud, “Inilah nasib marhaen, terpaksa beli yang murah dan tak berkualiti”.

Ini respon saya,

Sebenarnya ada je murah tapi berkualiti.

  • Nak sihat tak perlu pun minum air vitagen. Minum air suam setiap hari pun sudah dapat sihat.
  • Nak wangikan kereta tak semestinya pakai Ambi Pur. Jaga kebersihan kereta, jangan makan dalam kereta – tak pakai Ambi Pur pun takpa. Kalau nak wangi juga, pakai daun pandan pun boleh. Tanam daun pandan sendiri pakai pasu di rumah.
  • Nak sihat dan kuat tak perlu minum Milo pun. Sebenarnya itu hanya ilusi sahaja dan iklan tagline itu pun dah ditarik balik. Minum air suam lebih sihat.
  • Nak protein dan khasiat tak semestinya dengan ikan dory, ikan solomon dgn sayur borocali. Khasiat yg sama dan lebih murah dengan ikan kembung, tempe, telur dan sawi.
  • Untuk bersenam tak semestinya kena kena subscribe gym mahal-mahal. Lari pusing taman perumahan pun boleh sihat, yg penting murah.

Tapi bab kicap saya pilih Cap Kipas Udang la 😆

Baca juga Bahagian 1 : Masalah kewangan berpunca daripada kos gaya hidup, bukan kos sara hidup (1)

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Buat ke sekian kalinya saya jawab isu ini. Saya tak…