fbpx

Misleading ejen emas di luar bidang kuasa autoriti BNM dan SC

  • 10 months ago
  • 1Minute
  • 194Words
  • 127Views

Inilah masalah geng QM.

“Hanya isu misleading sahaja”.

Mengakui bahawa misleading berlaku, tapi langsung tak ada usaha teguran dibuat.

Pernah nampak mana-mana geng QM buat teguran terhadap ejen QM lain yg buat misleading? Kalau ada, tolong kongsikan link.

Sebelum ditanya, suka saya tegaskan yang saya banyak kali buat teguran secara terbuka kpd ejen-ejen takaful, unit trust, private mandate.

Banyak kali juga saya buat laporan direct kepada autoriti apabila cukup bukti dan selepas itu ia ditarik balik dan ada ejen yang diambil tindakan.

Sebelum QM wujud macam hari ini pun, saya sudah banyak kali membuat teguran terbuka terhadap misleading dan dakwaan pelik ejen-ejen emas seperti emas kalis inflasi, tukar wang kertas kepada emas, emas matawang syariah dan seumpamanya.

Jika ia berlaku dalam industri yang regulated seperti takaful dan unit trust, mudah sahaja laporan dibuat dan diambil tindakan. Itu pun masih ada ejen-ejen yang jalankan misleading.

Tapi dalam industri emas, ia bukan di bawah autoriti BNM atau SC.

Bayangkan, dalam industri yang ada kawalan BNM, SC pun misleading sukar dibendung, apatah lagi dalam industri yang tiada autoriti seperti emas?

“Cuma isu misleading sahaja. Bukan isu duit hilang ke apa”

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Baru beberapa hari lepas saya update satu posting berbunyi: Masalah…