fbpx

Majoriti masalah kewangan berpunca daripada salah beli kereta

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 222Words
  • 139Views

Pengalaman saya buat sesi konsultansi kewangan dengan anak muda bawah 35 tahun, kebanyakan yg ada masalah kritikal dalam kewangan (terutama bab hutang dan ketiadaan simpanan), adalah daripada kalangan mereka yang membeli kereta yang berharga melebihi gaji setahun mereka sejak daripada awal bekerja

Contoh, gaji 3K beli kereta Bangsa H / Bangsa T.

Berbanding dgn anak muda yg berusia sama dengan gaji yg lebih kurang sama tapi hanya beli kereta mur-mur je.

Contoh, gaji 3k beli kereta Axia jeeeeeeee….

Anak muda kedua ni lebih mudah utk saya guide cashflow mereka utk planning buat simpanan, beli rumah, langgan takaful, mulakan pelaburan dan sebagainya.

Berbanding yg pertama, perlu banyak nak kena overhaul sebelum mula bergerak.

Cara untuk buat overhaul ialah dengan mengubah cara fikir. Apabila cara fikir berubah, maka tindakan juga akan berubah. Dan akhir sekali, hasil pun akan berubah.

Namun tak ramai yang sanggup untuk berubah waluapun mereka tahu hidup mereka susah.

Perkara yang lebih susah daripada susah ialah berubah.

Ini antara perkara yang dikongsi dalam buku Financial Independence Retire Early a.k.a F.I.R.E, kesedaran untuk berubah.

Infografik-Kos Sebenar Memiliki Kereta

Ia adalah langkah kedua daripada 7 langkah penting untuk mengubah kewangan menjadi lebih baik, dan seterusnya mencapai FIRE.

Dalam langkah kedua ini ada 9 cara fikir dan habit yang perlu dibuat perubahan.

Boleh tengok kandungan buku ini di BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau nak ada simpanan RM1,000,000, kena pandai simpan RM100,000. Sebelum…