fbpx

Masalah Kewangan Tidak Boleh Di Selesaikan Dengan Kewangan

  • 4 years ago
  • 5Minutes
  • 805Words
  • 443Views

Umur 19, gaji basic 900. Campur Overtime jadi RM3000. Tahun 90-an.

Banyak ke sikit?

 

AWAS! POSTING INI PANJANG 😄

Kenapa lately ni saya suka share pasal pengurusan kewangan?

Sebabnya saya terkesan dengan orang pm, dm, wasap, mesej minta bantuan makanan personal dekat saya.

Bila jadi begini, timbullah rasa penyesalan demi penyesalan dalam diri saya. Sebab apa? Sebab saya hanya boleh bantu sumbangan makanan sikit sahaja. Sebab apa jadi begini? Sebab saya tak uruskan kewangan saya dengan baik masa muda saya.

Ini pengalaman kisah benar saya!

Saya memiliki kereta seawal umur 19 tahun. Sebab apa? Sebab ghairah baru dapat lesen dan nak memiliki kereta dengan cepat supaya rasa mudah kononnya dan nampak gah di mata orang.

Sedangkan gaji saya masa tu baru rm900. Dan ansuran bulanan kereta RM650.

Tuan Puan bayangkan?

Macam mana saya nak survive?
Saya menyangkan saya mampu nak memliki kereta pada masa tu sebab overtime banyak.

Kalau ikutkan boleh jer bayar ansuran kereta tu. Tapi dek tak berdisiplin.
Padahlah jawabnya.

Saya kerja bank masa tu. Dan gaji 2 kali sebulan. Bulan pertama nak ikutkan tak belanja sebab nk simpan duit ansuran kereta.

Tapi macam mana? Sedangkan saya masih perlukan perbelanjaan di pejabat untuk makan tengahari atau makan malam sewaktu OT.

Kemudian, masa tu masih muda, masa dapat gajilah nak tengok wayang, makan hebat dan beli baju, kasut, handbag dan manjakan badan kononya. Pergi SPA.

Dan saya lupa, saya sebenarnya tidak mampu pun nak pakai kereta sebab deposit keteta pun arwah atuk saya yang bayarkan.

Allahu.. Rasa terjerat sangat masa tu sebab walaupun gaji + OT banyak, saya takda ilmu kewangan masa tu.
Duit saya habis dan kadang-kadang tak boleh nak bayar kereta.

Bukan sebab duit tak banyak masa tu, tapi tak ‘manage’ dengan baik.

Agak banyakkan untuk budak berusia 19 tahun lepasan SPM ada gaji di tangan lebih kurang 3k sebulan. Tahun 90an gaji 3k banyak. Duduk pulak rumah mak ayah masa tu. Besarlah kan?

Tapi dek sebab bangang nak bergaya & nampak berjaya di mata orang akhirnya saya terjebak dengan hutang-hutang tak perlu.

Ya Allah, kalau boleh di ulang balik masa tu, dari 3k tu saya boleb simpan 2k sebulan dengan mudah sebenarnya kalau saya disiplin dan dengar cakap arwah Wan saya.

Arwah wan selalu pesan, ko jangan asyik beli baju, belanja bukan-bukan. Simpan duit, beli barang kemas. Akan datang susah, awak ada simpanan, ada emas boleh gadai katanya.

Kain baju banyak-banyak, handbag semua, bukan boleh jual.

Itulah pesanan yang arwah selalu nyayikan di telinga saya setiap kali saya balik kampung minta duit dekat dia bila saya ada masalah kewangan tak dapat bayar itu ini.

Nampak tak?

Masalah kewangan tidak boleh di selesaikan dengan kewangan. Masalah kewangan hanya boleh diselesaikan dengan menukar habit buruk kepada habit yang baik.

Saya tahu datuk dan nenek saya banyak duit, saya tak ambil kisah nak menyimpan. Kalau simpan pun sikit.

Dalam RM100 jer sebulan simpan. Paling banyak pun RM 350 saya pernah simpan sebulan. Sekadar buat syarat kalau uwan saya tanya, ada simpan tak duit gaji kau? Ada saya kata.

Saya tak tipu dia. Memanglah simpan. Tapi sikit bonar 😄

Sedangkan, kalau saya tak pakai kereta lagi dengan gaji basic + ot + elaun saya, Allah.
Banyak sangat saya boleh simpan. Saya boleh guna gaji basic saja tanpa usik ot sepatutnya.

Bayangkan. Betapa banyak saving saya?

Tu tak termasuk masa income saya 100k sebulan selama hampir 2 tahun. Betapa banyak saving saya? Tak termasuk yang 5 figure income lagi.

Antara guru pertama saya dalam bidang kewangan ni Mr Sugu nama dia. Dia ajar antara keperluan dan kemahuan.

Kemudia bila dah berkahwin dengan Mr Zuhairi Nopiah bukan setakat ajar tapi praktik terus. Dia sangat jaga. Especially bab- bab yang melibatkan pembaziran. Dia takkan beli kereta tu kalau bukan sebab keperluan walaupun dia mampu.

Kereta apa saya tak pernah pakai dulu? Merc pun ada. Tapi apa kesudahannya?

Bila saya belajar pengurusan kewangan dengan beberapa orang guru, kereta ni bukan lambang kekayaan pun.

Kereta adalah ‘liability’ kalau tak di urus dengan betul. Dan jangan sesekali ikut orang. Orang kata “beli lah, baru orang respect. Nampaklah ko bergaya sikit”

No! No! No!

Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Biaq pi lah orang nak kata apa. Ukur baju di badan sendiri beb.

Pakai kete biasa tapi yang penting saving banyak, emas banyak, hartanah pun ada.

Antara benda yang saya syukur, dengan didikan guru dan suami saya, kami tak terkesan kami tak pakai kete mewah.
Tapi kalau takda saving, terkesan beb!

Syukur juga Allah bagi kesedaran selepas kejatuhan yang teruk.

Bukan tak boleh pakai kereta mewah, tapi tunggu kita betul-betul mampu. Bukan kita buat sales semata-mata nak bayar hutang.

Kalau begitu kisahnya kita belum mampu.

Arasso?

Bab menyimpan ni, saya berguru dengan Tuan Afyan Mat Rawi. Dia pakar dalam kewangan.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik link di ruangan comment ya.

Moga ia dapat ubah hidup Tuan Puan lepas ni.

Assalamualaikum.

Nur Aisya
Insan ingin hidup lebih baik 😊

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ketika hidup mereka kaya, kemudian meninggal dunia dalam keadaan miskin.…