fbpx

Masih Ada Ejen Mempromosi Takaful Sebagai Simpanan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 401Words
  • 435Views

Masih lagi berlaku

Dah masuk tahun 2020, masih ada ejen mempromosi takaful sebagai simpanan.

Dulu medical card ada simpanan 3 dalam 1.

Pernah juga yang kata takaful untuk simpanan persaraan

Sekarang “simpanan hibah takaful”.

Siap buat FB Ads. Keluar di news feeds FB saya.

Adeh… Letih betul.

Rujuk artikel di bawah

Bank Negara Malaysia sudah lama keluarkan info grafik ini, yang menyatakan bahawa takaful dan insurans adalah untuk perlindungan, bukan untuk simpanan
Insurans / Takaful Bukan Untuk Simpanan / Pelaburan – Bank Negara Malaysia

Ini “koleksi” keluhan-keluhan para pengguna takaful yang melanggan polisi medical card yang dikatakan ada simpanan dan pelaburan ketika sign up polisi.
Baca Keluhan Mereka Tentang Medical Card Kononnya Ada Simpanan dan Pelaburan

Ini real kes di negara jiran, Singapura. Selepas tamat tempoh polisi, jumlah simpanan yang dianggarkan ketika sign up polisi, tersasar jauh dengan realiti
Takaful Untuk Simpanan? Baca Kes Sebenar di Singapura ini.

Ini pula mesej daripada seorang pengguna, katanya selepas 4 tahun, simpanan yang ada hanya RM1,000
Menyesal Selepas 4 Tahun Melanggan Takaful

Rentetan itu ada juga ejen-ejen tak puas hati. Kronologinya saya kongsi di sini. Biar ia jadi catatan sejarah
Kronologi Isu ‘Betulkah Medical Card Ada Saving’?

Dalam satu artikel, berkenaan kenapa golongan pertengahan di Malaysia sukar untuk mencapai kebebasan kewangan adalah berpunca disebabkan menggunakan takaful untuk simpanan dan pelaburan
Melanggan Takaful / Insurans Untuk Simpanan Adalah Pendekatan Yang Malas

Tulisan ini untuk para pelanggan memahami produk “investment – link” takaful, yang tidak saja dengan produk pelaburan seperti unit trust
Fahami Tujuan Takaful/Insurans & Pelaburan

Istilah simpanan banyak mengelirukan sebab ramai yang terfikir macam simpanan bank, simpanan ASB. Istilah yang tepat utk situasi ini ialah “nilai tunai” atau “cash value”.
Istilah Simpanan Dalam Takaful Mengelirukan

 

Kongsikan tulisan ini supaya lebih ramai alert. Biar ia sampai ke seluruh Malaysia dan Wakanda.

Takaful adalah untuk perlindungan, bukan untuk simpanan dan pelaburan.

Jika ada, ia sebagai bonus.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini ? Sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tempoh hari saya menulis tentang moratorium, dan ramai yang terkejut…