fbpx

Mediasi gagal. Atomy, see you in court (2)

  • 7 months ago
  • 2Minutes
  • 344Words
  • 588Views

Dipetik dari FB Mohd Fadli Salleh

Kali ke tiga hadiri sesi mediasi tahun ni. Dan mediasi gagal. So, kita proceed ke full trial, InsyaAllah Disember tahun ni.

Proses mediasi ni adalah proses rundingan dianjurkan oleh pihak mahkamah untuk settle luar court jika ada persetujuan bersama.

Saya, Afyan Mat Rawi dan Firdaus Wong Wai Hung disaman oleh Atomy Malaysia kerana mendedahkan kegiatan aktiviti Kristianisasi oleh Atomy Co Ltd pada 2020.

2021 mereka failkan saman. Dan sebelum ke full trial, sesi mediasi dianjurkan jika boleh setel tepi, kita setel tepi je.

Untuk setel tepi, perlu ada kenyataan bersama yang masing-masing setuju. Cuma ada permintaan dari pihak mereka saya tak boleh setuju, dan ada permintaan saya mereka tak setuju.

So, gagal la kiranya mediasi kami.

Boleh dah saya guna ayat, “See you in court”.

Fuh, rasa macam menteri pula bila cakap ayat tu. Haha.

Apa pun, pendedahan kami membawa kepada Muzakarah Majlis Kebangsaan pada tahun lepas yang dihadiri mufti-mufti seluruh Malaysia dan para cendiakawan dari pelbagai disiplin ilmu membincangkan hukum dan isu Atomy ini.

“Berkaitan hukum berurus niaga dengan Syarikat Atomy, dapatan kajian menunjukkan wujud bukti yang kukuh bahawa berurus niaga dengan Syarikat Atomy boleh memberi kesan dan ancaman secara halus kepada akidah umat Islam. Ini berdasarkan pengakuan secara terbuka pengasas dan ahli-ahli Atomy serta aktiviti-aktiviti mereka yang jelas menjurus kepada gerakan Kristianisasi.

Oleh yang demikian, berdasarkan Kaedah Fiqhiyyah sadd adz-dzari’ah (Menutup Pintu Kerosakan) bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar kepada agama, umat Islam dilarang melibatkan diri dalam aktiviti urus niaga dan mempromosikan Syarikat Atomy atau apa-apa perniagaan seumpamanya yang menyumbang kepada gerakan anti Islam. Ketetapan ini adalah berdasarkan Kaedah Fiqhiyyah”

Petikan dari Muzakarah MKI kali ke 120. Semua mufti terlibat mengeluarkan hukum ini.

Bila mufti dah keluarkan Muzakarah ni, kami dah pun menang sebenarnya.

Menandakan kami bukan fitnah, kami tak berbohong melainkan semuanya ada asas beserta bukti-bukti kukuh.

Doakan kemenangan kami di mahkamah pula nanti ya. ❤️

#MFS

– Radu tatap radu –

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, selepas melanggan polisi takaful kita boleh TARIK BALIK…