Boleh Atau Tidak Melabur Dengan Lebihan Wang Moratorium dan Pengeluaran KWSP
Ada seorang rakan bertanyakan pandangan tentang kesempatan melabur dalam saham apabila dapat wang lebihan daripada moratorium dan pengeluaran KWSP.
Katanya dia terbaca nasihat tentang pelaburan saham yang sekarang harga sedang rendah dan berpotensi untuk pulih dan harga naik.
Ini antara nasihat saya kpd beliau yang boleh saya kongsikan kepada umum
1. Tiada masalah untuk orang yang mempunyai pengalaman melabur saham untuk ambil kesempatan wang lebihan tersebut untuk melabur ke pasaran saham. Boleh praktis “Buy low, sell high”.
2. Tapi jika baru nak mula, baru nak belajar, akan ada masalah besar jika masuk pelaburan saham hanya dengan persediaan modal. Modal bukan segala-galanya dalam pelaburan. “Buy low, sell high” booth bertukar jadi “buy low, sell lower”.
3. Pelaburan saham adalah pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi berbanding unit trust, fix deposit, simpanan bank, malah KWSP sendiri. Berdasarkan kenyataan CEO KWSP beberapa tahun lepas, hanya 1 daripada 5 orang yang keluarkan wang dari dana persaraan itu mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada KWSP.
4. Dalam mana-mana pelaburan, selain daripada modal, kita juga perlu bersedia dari sudut ILMU dan EMOSI. MODAL ialah kenderaan, ILMU perlu untuk memandu kenderaan, EMOSI untuk tentukan bila perlu laju, bila perlu slow down, bila perlu break. Bukan kena lajuuuuuu je setiap masa.
5. Analogi mudahnya begini. Jika simpanan itu ibarat menaiki basikal, pelaburan itu ibarat menaiki motosikal. Orang yang tak pandai nak baikal, tentu sukar untuk menaiki motosikal walaupun motosikal lebih laju dan lebih cepat sampai berbanding basikal. Tapi motosikal lebih berisiko malah ada orang mati disebabkan kemalangan motosikal berbanding kemalangan basikal.
6. Faham tak analogi di atas? Tak faham, saya bagi analogi kereta pula. Antara kereta Viva dan kereta racing, mana lagi laju? Sudah tentu kereta racing. Nama pun racing. Tapi kalau kereta racing tu diberi kepada orang yang baru belajar naik basikal, berapa jauh dia ia boleh pergi? Berbanding dengan kereta Viva, dibawa oleh Michael Schumacher, berapa jauh ia boleh pergi? Agak-agak kalau Viva diberi kepada Michael Schumacher, lumba dengan kereta racing dipandu oleh budak yang baru belajar naik basikal, siapa menang? Tuan-Puan pun tahu jawapannya.
7. Jika faham analogi-analogi di atas, mudah nak faham mesej yang ingin saya sampaikan. Melabur tanpa ilmu, umpama budak sekolah ambil kunci start motor ayah dia terus bawa ke highway untuk racing. Berisiko tinggi untuk kemalangan dan meninggal.
8. Boleh mula melabur ke unit trust, yang secara relatifnya lebih rendah risiko berbanding saham. Tapi perlu juga dengan ilmu sebab ada risiko. Atau paling selamat, letak dulu di Tabung Haji atau ASB. Tiada risiko modal berkurangan dan jangan harap pulangan besar.
9. Kalau betul nak melabur dalam saham, mulakan dengan pelaburan ilmu. Ia pelaburan yang tak pernah rugi jika dipraktikkan. Boleh ambil masa cuti sebegini untuk belajar secara online.
10. WAJIB cari guru dan mentor yang ada pengalaman melabur dalam saham, untuk minta tolong dia ajar atau laburkan. Macam kita nak belajar bawa kereta tadi, mesti la kena ada cikgu memandu yang ajar memandu.
11. Saya sendiri melabur ke dalam pasaran saham dengan bantuan pengurus dana (fund manager) yang berlesen. Kalau berminat, saya boleh rekomen. Tapi kosnya tak sama dengan dengan labur sendiri. Analogi mudah, naik kereta sendiri dengan naik Grab tentu kosnya berbeza. Naik kereta sendiri, pandu sendiri, isi minyak sendiri, bayar ansuran sendiri, urus maintenance sendiri. Tapi kalau guna Grab, kita bayar sekali dan pemandu bawa kita ke destinasi yang dituju. Sambil naik Grab, kita boleh main handset, tidur dan sebagainya.
Faham dok ni?
Boleh tonton video di atas,
Covid-19 : Urus Kewangan Dalam Musim Perintah Kawalan Pergerakan ( Kopitiam, TV3 )
NOTA: Ketahui cara pelaburan alternatif (tunai dan KWSP) melalui Marketing Representative.
Afyan Mat Rawi,
Besut, Terengganu.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran