fbpx

Bukan Debat Tapi Sesi Diskusi Ilmiah

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 247Words
  • 418Views

Kepada rakan-rakan yang bertanya kenapa saya terima pelawaan geng yang anti perbankan Islam utk “berdebat”, ini jawapan saya.

1. Saya tak anggap ia sebagai debat. Jika debat, akan ada yang menang dan yang kalah. Saya anggap ini ialah sesi diskusi ilmiah. Saya bentangkan hujah saya, mereka bentangkan hujah mereka. Publik menilai.

2. Saya juga tak letakkan matlamat untuk mereka akan berubah pandangan selepas diskusi tersebut, sebagaimana saya juga takkan mengubah pandangan sedia ada.

3. Jadi, untuk apa sesi tersebut? Saya terima pelawaan dan cabaran mereka adalah untuk dakwah kepada komuniti mereka dalam masa sama memberi awareness kepada orang awam yang masih ramai tak tahu perbezaan sebenar sistem kewangan patuh syariah dengan konvensional.

Saya bukanlah sesiapa, hanya seorang perunding kewangan. Kerja saya dalam bidang kewangan bukan sekadar berkongsi kesedaran pengurusan kewangan tapi lebih daripada itu untuk berdakwah mengajak orang ramai meninggalkan riba dan sistem kewangan konvensional.

Dalam hal ini, ada 3 golongan.

1. Mereka yang menyokong perbankan Islam.
2. Mereka yang memang menentang perbankan Islam.
3. Mereka yang tak tahu menahu dan beranggapan sama sahaja perbankan

Islam dan konvensional, tapi tidaklah menentang perbankan Islam.
Saya terima tawaran golongan no 2, dalam masa sama sasaran utama saya adalah golongan no 3.

Sama seperti saya menerima pelawaan untuk berdiskusi topik forex tempoh hari. Rujuk di sini

Saksikan penerangan secara live; “Sama je ke perbankan Islam dengan perbankan konvensional?” oleh Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah (pakar muamalat, ahli majlis fatwa dan founder muamalat.my)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended