fbpx

Menolong Isteri Di Dapur

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 370Words
  • 349Views

Selesai tolong isteri masak Nasi Arab Mandhi, untuk makanan kami sekeluarga tengah hari nanti.

Hujung-hujung minggu sebegini baru dapat memasak di dapur.

Saya tolong beli bahan-bahan, kemudin tolong bayar dan isteri tolong masak.

Sambil-sambil masak, saya tolong ambil gambar dan selepas ini tolong habiskan.

Itulah tolong menolong sesama suami isteri namanya.

Saya tolong 4 perkara; beli, bayar, ambil gambar dan habiskan. Isteri buat satu perkara sahaja iaitu masak. Hihi…

Saya guna Pes Nasi Arab Mendhi jenama AL-TAJ ini. Beli dari Puan Nur Hafishah

Beras dan pes beserta cara masak – semua ada dalam satu paket.

Selain Nasi Arab Mandhi, ada Nasi Arab Kabsah. Satu paket dengan beras 500 gm dan pes, RM25 sahaja.

Di paket tertulis 5 – 7 orang makan. Tadi kami masak 2 paket. Kebetulan ibu dan adik saya ada di rumah.

Kemudian, pes untuk goreng ayam dijual berasingan, RM10 sepaket.

Pes ayam itu sesuai untuk gorengan sekilo ayam. Seekor ayam lebih kurang harganya RM13.

Bahan tambahan yg perlu dibeli ialah timun dan tomato untuk acar, sup bunjut dan penumis untuk buat sup dan lada merah untuk buat sambal. Kos ini lebih kurang RM20.

  • Total kos
  • Pes Nasi Arab Mandbi RM25 sepaket X 2 = RM50
  • Pes ayam goreng RM10
  • Seekor ayam RM13
  • Timun, tomato, lada merah, sup bunjut, penumis RM20
    TOTAL: RM93

Upah chef: Priceless

Kalau makan di luar, tak cukup kalau RM100 ni. Hihi…

Jom semua, jemput tengok 😊

Setiap gambar ada caption.

Suami yang baik ialah suami yang menolong isterinya masak nasi Arab Mandy.

Ayam goreng nasi Arab Many pula adalah adalah ayam yang tersakiti.

Pes ini dijual dalam bentuk paket kotak dan paket plastik. Harga sama, RM25 sepaket.

Ini paket dalam bentuk kotak.

Ini pula paket dalam bentuk plastik. Cara masak semua dah ada tulis. Saya tak payah tulis dah. Hahaha

Ini pula pes rempah perapan untuk ayam goreng. Cara guna pun ada di situ.

Ini beras dan ayam. Gambar sebelum kejadian

Ini paket beras selepas dikeluarkan dari kotak atau paket plastik. 500 gram.

Ayam ketika digoreng.

 

Salad nasi Arab. Masuk timun dan tomato sahaja.

 

Ini gambar nasi selepas dimasak.

 

Ini pula gambar ayam yang sudah digoreng.

Ini pula sambal ketika dimasak.

 

Sup

 

Sedia untuk dihabiskan. Tinggal sambal dan sup sahaja yang belum dibawa turun

Jemput tengok. Hihi….

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended