fbpx

Memulakan Simpanan dan Mengurus Kewangan Cara “Jars System”

  • 10 years ago
  • 2Minutes
  • 255Words
  • 319Views
jars system pengurusan kewangan
Kaedah JARS SYSTEM ialah kaedah pengurusan wang yang diperkenalkan oleh T. Harv Eker.

Kaedah JARS atau tabungan ini, membahagikan pendapatan kita kepada 6 tabungan / jars, iaitu;

1) Necessity / Keperluan (NEC – 50-55%), 
2) Financial Freedom / Kebebasan Kewangan (FFA – 10%),
3) Education / Pendidikan (EDU – 10%),
4) Long Term Saving for Spending / Perbelanjaan Masa Panjang (LTSS – 10%),
5) Play / Hiburan (PLAY – 10%),
6) Give / Derma (GIVE – 5-10%).
Setiap satu mempunyai jumlah peratusan tertentu utk digunakan.
Melalui kaedah ini, 50-55% digunakan untuk berbelanjan keperluan harian seperti makan minum, rumah, kenderaan, dapur dan sebagainya. Yang selebihnya digunakan atau disimpan untuk tujuan-tujuan lain yang tertentu.

Yang menarik tentang sistem ini ialah, ia mirip kaedah yang digunakan oleh Nabi Yusuf yang termaktub di dalam al-Quran. Di dalam surah Yusuf ada menceritakan, Nabi Yusuf mentadbir mimpi Raja Mesir bahawa Mesir akan mengalami musim kemarau.

Sebagai solusi untuk berhadapan musim kemarau tersebut, Nabi Yusuf meminta rakyat Mesir untuk berjimat cermat ketika musim ekonomi baik untuk menghadapi musim ekonomi meleset, yakni kemarau. Yang dicadangkan oleh Nabi Yusuf ialah SEPARUH daripada hasil tanaman gandum hendaklah DISIMPAN dan GUNA SEPARUH sahaja utk kegunaan harian.

Perkara sama juga dalam Jars System ini, hanya 50% – 55% daripada pendapatan bulanan diperuntukkan untuk perbelanjaan KEPERLUAN. Selebihnya dibahagi-bahagikan untuk peruntukan lain.

  
Ya, saya tahu agak sukar untuk menyimpan SEPARUH daripada pendapatan, tapi ia boleh dimulakan secara berdikit.
Untuk melakukannya kali pertama memang agak sukar, namun ia boleh dilakukan secara berdikit-dikit iaitu memulakan dengan kadar RM 10 atau RM100 untuk setiap tabungan / peruntukan selepas perbelanjaan.

 

Dari situ, setiap bulan tingkatkan kepada RM20 / RM200 dan seterusnya secara berdikit-dikit. Selamat mencuba!

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Soalan yang paling kerap ditanya kepada saya apabila saya berkongsi…