Mengenali Tn Hj Zainal Rashid Ahmad (ZRA): Dari media ke misi kemanusiaan Gaza
Sebelum ini saya tak follow sangat sosok ini. Tapi hari ini saya jadi peminat baru nombor 1 beliau.

Selama ini video-video beliau hanya sepintas lalu sahaja saya tonton dan skrol jika melintas di medsos saya.
Tapi hari ini jika ada video beliau muncul, saya akan tonton dengan penuh minat.
Hari ini siapa tak kenal Tn Hi Zainal Rashid Ahmad, antara rakyat Malaysia yang mengikuti misi pelayaran Sumud Flotilla Nusantara.

Saya kongsikan sedikit sebanyak trivia Tn Hj ZAINAL RASHID AHMAD (ZRA) yang sempat saya kumpulkan daripada pelbagai sumber.
Jika ada yang kurang tepat, mohon diperbetulkan.
ASAL USUL & PENDIDIKAN
1. Nama penuh beliau ialah Haji Zainal Rashid bin Ahmad dan beliau dilahirkan pada 30 Jun 1967 di Alor Setar, Kedah.

2. Beliau berpindah ke Kuala Lumpur ketika remaja, dan kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang penulisan kreatif di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1991.
3. Ibu beliau ialah Yom binti Che Din (meninggal dunia 2022) dan bapanya Ahmad bin Saman (meninggal dunia 2004).

KERJAYA WARTAWAN & DOKUMENTARI
4. ZRA mula aktif sebagai wartawan sekitar tahun 1990-an.
5. Beliau dikenali sebagai wartawan Malaysia pertama yang berjaya menyelinap masuk ke Israel/Palestin untuk merakam keadaan umat Islam di sana dalam dokumentari “Majalah 3” pada tahun 2005.

6. Beliau turut menghasilkan dokumentari lain seperti Kembara Gaza (2008).
7. Dalam bidang media, beliau pernah memegang jawatan sebagai Senior Vice President di TV AlHijrah dari kira-kira 2014 hingga 2019.
8. Beliau juga pengasas platform media digital sendiri iaitu ZRA STRIM (sejak sekitar 2020).

KARYA KESUSASTERAAN & SASTERA
9. ZRA adalah seorang penulis sastera aktif.
10. Beberapa karya penting beliau termasuk: Al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014), Hikayat Tanah Jauh (2015), Magis Kota (2016), Pop Urban (2017).
11. Beliau juga menulis puisi seperti Sepi Itu Mati (2016) dan Orang Sepi Pergi ke Gurun (2018).
12. Gaya penulisan ZRA sering menggabungkan unsur realisme magis, metafora, dan simbolisme.
13. Beliau telah menerima pelbagai penghargaan: sekitar 7 hadiah kewartawanan dan 46 anugerah sastera.
14. Versi lain menyebut beliau memenangi 38 hadiah sastera, bilangan mungkin berubah dari masa ke masa.
PENGLIBATAN DALAM GLOBAL SUMUD FLOTILLA (2025)
15. Pada 30 Ogos 2025, ZRA mengumumkan bahawa beliau akan menyertai misi Global Sumud Flotilla.
16. Beliau turut membawa anaknya, Ilham Fansuri, dalam misi tersebut.
17. Kapal yang dinaiki beliau ialah kapal Fair Lady bersama peserta dari beberapa negara lain.
18. Kapal itu telah diintersep oleh pasukan Israel apabila berada dalam perairan antarabangsa kira-kira 60 batu nautika dari pantai Gaza.
19. Pada awalnya kapal dibenar meneruskan perjalanan selepas soal siasat ringkas, namun kemudian komunikasi diputus.
20. Terdapat laporan bahawa ZRA dan peserta lain masih dikategorikan hilang atau ditahan oleh pihak Israel semasa misi tersebut.
21. Beliau akhirnya disahkan ditahan oleh Israel dan kemudian dihantar semula ke Turki pada 4 Oktober 2025.
CIRI PERIBADI & IMPAK
22. ZRA sering digambarkan sebagai seseorang dengan keberanian tinggi, sanggup masuk ke zon konflik, menyampaikan naratif umat tertindas melalui media dan karya sastera.
23. Beliau menggunakan platform media moden dan digital agar mesejnya lebih luas melalui ZRA STRIM.
24. Dalam misi Global Sumud Flotilla, beliau menyuarakan bahawa beliau “tiada pilihan lain” dan percaya bahawa penyertaan itu adalah satu amanah kemanusiaan.
25. Keterlibatannya dalam isu Palestin dan Gaza bukan baru, beliau sudah lama memberi fokus terhadap isu tersebut.
26. Pengalamannya merentasi media cetak, penyiaran dan penulisan hasil meletakkan beliau sebagai tokoh merentas sempadan media, wartawan, penulis dan influencer.
27. Keluarga beliau turut menjadi perhatian, khususnya apabila anaknya terlibat dalam misi yang sama.
28. Walaupun terdedah pada risiko tinggi seperti ditahan dan diintersep, ZRA tetap konsisten dengan prinsip keadilan, kebebasan dan kebajikan manusia.
29. Karya-karya sasteranya terus diterbitkan dan dibaca ramai, memberikan perspektif alternatif terhadap realiti sosial, keagamaan, konflik dan kemanusiaan.
30. ZRA menjadi contoh bagi generasi wartawan dan penulis muda, bahawa menyampaikan kisah yang sukar bukan sekadar tugasan berita, tetapi tanggungjawab moral.
Afyan Mat Rawi
Peminat baru ZRA
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

