fbpx

Jika Sebut Tentang Orang Kaya, Jutawan dan Hartawan, Apa Yang Anda Bayangkan?

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 527Words
  • 646Views

Jika sebut tentang orang kaya, jutawan dan hartawan, apa yang anda bayangkan?

Tolong berikan jawapan sebelum skrol tulisan ini.

Dah bayangkan? Jika belum, tolong bayangkan dulu. Baru sampai maksud tulisan ini.

Dah? Bagus.

Saya yakin dan percaya, apabila sebut perkataan jutawan, hartawan, orang kaya – tentu terbayang di minda anda ialah orang yang:

  • pakai kereta besar,
  • pakai baju branded,
  • makan di tempat-tempat eksklusif,
  • selalu melancong ke luar negara,
  • selalu berbelanja di tempat-tempat mewah,
  • bercakap mesti speaking atau dengan slanga Mat Salleh,
  • bekerja di pejabat pakai suit kemas sambil bawa briefcase,
  • Ada pangkat Dato’

Betul tak?
Anda tak silap. Sebab itulah yang digambarkan di media-media terutama di dalam filem dan televisyen. Ia bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, begitulah yang digambarkan.

Cuba lihat filem-filem dan drama-drama Melayu dan antara bangsa. Biasanya itulah yang digambarkan. Media telah brainwash kita sekian lama itulah gaya hidup orang kaya.

Tapi hakikat sebenarnya, berbeza sama sekali. Jutawan, hartawan, orang kaya yang sebenar tidaklah sebegitu rupa. Memang ada yang sebegitu – seperti digambarkan oleh media – tapi minoriti jutawan / hartawan / orang kaya yang sebegitu.

Jika ada, selalunya ia datang dari beberapa kategori

1. Dapat kekayaan secara warisan pusaka atau durian runtuh
2. Dapat disebabkan bakat dalam bidang seni
3. Dapat disebabkan kemahiran dalam bidang sukan

Dan selalunya, kekayaan itu tak lama. Mereka tak mampu “mempertahankan” kekayaan mereka lebih 10 tahun. Kita boleh perhatikan perkara ini di Malaysia dan antara bangsa. Banyak gologan daripada kalangan ahli sukan dan artis yang dahulunya hidup mewah di zaman kegemilangan mereka tapi kemudian jatuh miskin. Sama ada di Malaysia atau antarabangsa.

Dalam buku Best Seller “The Millionaire Next Door” membuat satu pendedahan menarik.

Orang yang bergaji besar, pakai kereta mewah, pakai baju mahal, gaya hidup yang elegen, ada hobi mahal, selalu berbelanja mewah – majoriti mereka mempunyai nilai aset bersih yang rendah. Mereka selalunya daripada kalangan profesional dan senior eksekutif di syarikat-syarikat besar.

Ironinya, orang yang berbelanja sederhana, pakai kereta 2nd hand, hidup di bawah kemampuan – mempunyai nilai aset bersih yang lebih tinggi.

Dalam buku Best Seller “Jutawan Senyap“ tulisan Chef Li juga berkongsi realiti yang sama di Malaysia. Ramai dari kalangan orang-orang kaya, hartawan dan jutawan di Malaysia yang tidak dikenali sebenarnya dari kalangan peniaga pasar malam, petani moden, tauke kedai, tauke restoran malah ada dari kalangan pendatang asing yang hidup pasti akan biasa-biasa tapi harta mereka banyak!!!!

Hidup mereka sangat mudah. Pakai kereta terpakai. Pakai baju murah. Tiada hobi mahal. Sebab apa? Sebab mereka tak perlukan pun semua itu. Yang penting mereka tahu jumlah harta. Selain diri sendiri, yang perlu tahu nilai kekayaan sebenar mereka ialah banker mereka, peguam, jika ada dan yang paling penting pegawai LHDN. Mereka tak perlu tunjukkan kekayaan mereka pada jiran sebelah, makcik bawang, kawan-kawan dan lain-lain orang. Selain 3 pihak tadi; banker, peguam dan LHDN. Malah anak beranak pun tak perasan.

Selalunya yang suka tunjukkan mereka kaya disebabkan nak impres orang lain. Mereka tak ramai, tapi disebabkan mereka menonjol, kita sangka itulah sebenarnya cara hidup orang kaya. Sebab itu leader-leader MLM atau networking head hunting, suka gunakan kereta mewah untuk tarik downline.

Sebenarnya kekayaan harta dinilai dari 3 sudut.


1. Perbelanjaan bulanan
2. Aset cair
3. Pendapatan berulang

Siapa nak saya sambung dan huraikan 3 perkara itu?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Artikel ini saya copy paste dari sebuah group, sebab terlalu…