Meninggalkan ajaran sesat: Perjalanan bekas ahli Al-Arqam membina legasi baharu
Siapa yang tak kenal dengan kumpulan nasyid gergasi Raihan, Hijjaz, dan Rabbani ini?
Mereka telah mencipta nama besar dalam industri nasyid, namun mungkin tidak ramai yang tahu bahawa mereka sebenarnya bekas ahli kumpulan Nada Murni di bawah Al-Arqam sebelum diharamkan.
Menariknya, meskipun berasal dari latar belakang yang sama, nasyid-nasyid yang mereka hasilkan bebas dari unsur pemujaan terhadap Abuya, berbeza dengan kumpulan nasyid GISB yang seringkali dikaitkan dengan elemen tersebut.
Kalaulah ahli kumpulan Hijjaz, Raihan dan Rabbani ini masih bersama GISB, mungkinlah mereka yang muncul dalam video klip “Kedai Ikhwan di Putrajaya”. Tak dapat saya bayangkan Sdra Munif dan Sdra Nazrey Johani berbalas pantun tersebut
Membina empayar perniagaan
Selain kumpulan nasyid, syarikat-syarikat penerbitan seperti Telaga Biru dan Galeri Ilmu yang diasaskan oleh bekas ahli Al-Arqam juga berjaya membuktikan bahawa mereka mampu membina perniagaan yang stabil dan dihormati.
Kedua-dua syarikat ini terus beroperasi dengan cemerlang tanpa sebarang isu akidah, jauh berbeza dengan GISB.
Telaga Biru yang asalnya dari OVA (Odio Visual Al-Arqam) dan Galeri Ilmu pula adalah asalnya daripada Penerangan Al Arqam, telah meninggalkan pengaruh negatif Al-Arqam, sebaliknya memberi fokus kepada kandungan penerbitan yang mematuhi syariah dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Bekas ahli Al-Arqam seperti Raihan, Hijjaz, Rabbani, Telaga Biru, dan Galeri Ilmu telah membuktikan bahawa mereka mampu berubah, meninggalkan ajaran sesat, dan membina legasi yang diterima masyarakat.
Sebaliknya, GISB perlu dihapuskan pengaruhnya agar masyarakat Islam tidak terdedah kepada ancaman akidah. Dengan mengutamakan mesej keislaman yang benar, kita dapat membina asas yang lebih kukuh untuk generasi akan datang.
Sebab itu saya katakan dalam tulisan sebelum ini, akidah umpama akar. Mana mungkin kita mencabut akar tanpa kita musnahkan buah dan bunganya.
Jika kita hanya mencabut akar sahaja dan masih simpan buah dan bunganya, nescaya ia akan menjadi biji benih yang akan menumbuhkan pohon yang baru.
Jadi ia kena dicabut hingga ke akar umbi dan musnahkan segala yang rosak, kemudian tanah yang subur itu kita tanam pohon yang baru. InsyaAllah akan menghasilkan legasi Raihan, Hijjaz, Rabbani, Telaga Biru dan Galeri Ilmu yang baru.
Jika tidak, 10-20 tahun akan datang kita terpaksa cantas lagi pokok baru dengan kulit yang berbeza.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran