fbpx

Pengakuan Secara Tak Langsung Hindu Menyamar Mamak Muslim (2)

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 798Words
  • 392Views

“Kalau halal, kenapa nak elak?” (Hindu)

“Di dalam otaknya penuh rasis” (Muslim)

“Kalau semua orang fikir macam dia (saya, Afyan Mat Rawi), lama-lama kedai makanan Hindu nak buat apa? Menyamar la.” (Hindu)

Al-Jawab: Itu hak saya untuk utamakan restoran Muslim berbanding restoran Hindu. Memang saya akan elakkan makan di restoran Hindu, sekalipun halal, kecuali betul-betul terdesak. Itu adalah faktor selera, bukan faktor rasis.
Rujuk posting asal di bawah.

Contohnya, jika saya tulis:

“Jika ada udang dan ketam dimasak dengan kandungan yang halal, silakan.

Tapi saya akan elakkan”.

Kalau tanya mereka berdua, adakah saya rasis terhadap udang dan ketam? Agak-agak apa mereka akan jawab? 😅🤣🤣

Contoh lain, jika saya tulis:

“Jika ada peniaga makanan hisap rokok, saya akan elakkan”
Kalau saya tulis macam ni, mungkin mereka akan kata saya rasis terhadap perokok 🤣

Jika elakkan makanan Hindu dikatakan rasis. Jika elakkan makan udang dan ketam, dikatakan apa pula? Jika elakkan makanan yang dijual oleh perokok, rasis juga

Tak tahulah nak gelak atau nak sedih dengan orang-orang yang berfikiran dangkal sebegini. Lagi dangkal kalau orang tu orang Islam seperti di atas.

Rujuk pula kenyataan yang mengatakan:

“Kalau semua orang fikir macam dia, lama-lama kedai makanan Hindu nak buat apa? Menyamar la.”

Agak-agak pemikiran sebegitu datang dari golongan peniaga yang bagaimana? Adakah peniaga jujur akan terfikir untuk menyamar agama lain hanya semata-mata untuk survival bisnes?

Semestinya, hanya peniaga yang sudah biasa menipu dan putar belit begitu yang sanggup menyamar agama lain. Jika ada orang Islam yang berfikiran sedemikian rupa, yakni sanggup menyamar agama lain, mungkin perlu dirujuk kepada pusat pemulihan akidah.

Saya utamakan usahawan Muslim. Itu adalah hak saya sebagai Muslim dan sebagai pengguna. Malah hak itu termaktub ke atas semua rakyat Malaysia.

Saya sokong peniaga Muslim dan dalam masa sama anti penipu.

Isu menipu ini adalah isu merentas sempadan agama dan bangsa. Tidak ada agama yang mengajar penganutnya menipu. Jika ada yang menipu, itu adalah salah individu bukan salah bangsa atau agama.

Saya anti penipuan dan bukan kali pertama saya bongkar perihal ini..

Sebelum ini saya banyak bongkar isu penipuan oleh banyak scammer berbangsa Melayu beragama Islam.

Ustaz Norsham Alfafa,
Dr Rozaini ARBA,
Sheikh Saidey Mecca Fund,
Tok Belagak Darul Emas Perak.
Ada lagi senarai lain? Kalau ada, boleh tambah di bahagian komen.

Semua ini penipu-penipu bangsa Melayu, beragama Islam. Nama-nama ini antara yang akan kekal dalam ingatan kerana ada banyak kenangan “manis” bersama mereka apabila saya bongkar penipuan mereka. Malah ada yang mengheret saya ke mahkamah.

Kisah-kisah melawan scammer ini saya abadikan dalam buku Tersontot Di Pintu Shorga.

(Promote sikit, nak dapatkan bukit Tersontot Di Pintu Shorga klik di sini)

Tak lupa juga saya bongkarkan isu-isu misleading dalam takaful, unit trust, private mandate, ASB Financing dan lain-lain yang turut dipelopori oleh ejen-ejen Melayu Muslim.

Bagi followers lama, tentu tahu perihal ini. Bukan baru sehari dua ini saya tiba-tiba highlight isu penipuan segelintir peniaga non Muslim yang menyamar Muslim. Ia sebagai tanggungjawab sosial saya dalam bidang kewangan sejak hampir 20 tahun dahulu.

Ia sama seperti isu peniaga Cina yang mengeluarkan produk-produk menggunakan nama dan istilah Melayu Islam untuk mengelirukan pengguna Muslim, seperti Pau Abu, Nasi Tomato Warisan dan sebagainya. Ingat lagi kisah yang pernah saya kongsikan dulu? Ada peniaga Cina bukan Islam letak nama Nasi Tomato Warisan dalam Food Panda untuk mengelirukan pengguna Muslim. Juga kisah Pau Ahmad atau Mi Cap Masjid yang diusahakan oleh peniaga Cina non-Muslim.

Jika penipu orang Melayu Islam pun saya lawan, apatah lagi jika penipu dalam bab agama daripada segelintir orang-orang bukan Islam.

Apabila saya bongkar penipuan di kalangan ejen takaful, bukan bermakna saya pukul rata semua ejen takaful. Ia sebagai peringatan kepada para pengguna supaya berhati-hati.

Sama juga apabila saya berkongsi tentang misleading yang berlaku dalam pemasaran unit trust dan private mandate. Ia bukan pukul rata, tapi ia sebagai peringatan.

Maka begitulah halnya apabila saya berkongsi tentang isu orang non Muslim yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Ia bukan pukul rata. Ia adalah peringatan supaya kita berhati-hati agar tidak terpedaya dengan penipu yang sanggup mengaku Islam. Jika bab asas pun tidak amanah dan tidak jujur, apalah yang hendak diharapkan pada makanan yang dihidangkan nanti?

Tak ada masalah untuk non Muslim berniaga. Selagi mana jujur dan amanah. Ia adalah tuntutan untuk semua peniaga tak kira agama dan bangsa.

Tak ada orang nak marah kepada sesiapa yang nak berniaga. Tapi yang kita marah ialah menipu. Lagi-lagi menipu berpura-pura Muslim.

Tak ada masalah pada mana-mana peniaga non Muslim yang tidak berpura-pura. Jika ada orang Muslim yang nak makan di kedai mereka pun tak ada masalah selagi mana ia halal. Itu hak dan pilihan masing-masing.

Yang jadi masalah adalah penipu. Tak perlu sentap dengan tulisan ini jika kita bukan penipu atau bersubahat dengan penipu. Tak perlu heret isu ini kepada isu rasis sebab penipu tak kenal bangsa.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Hanya kerana kedai menyerupai nama Muslim, tidak bermaksud ia menyamar?"…