fbpx

Mentaliti Orang Kaya vs Miskin

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 260Words
  • 446Views

Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin

Mentaliti yang berbeza rupanya menentukan siapa kita di masa akan datang.

Sebagai contohnya, mentaliti orang yang ingin jadi kaya dan kekal miskin rupanya mempunyai sudut pandang yang berbeza.

Antara perbezaan tersebut adalah :

1. Orang kaya mentalitinya membeli aset, sedangkan orang miskin membeli liabiliti.

2. Orang kaya mengamalkan ‘Pay Me First’ iaitu menyimpan terlebih dahulu tetapi orang miskin menghabiskan keseluruhan gajinya.

3. Orang kaya buat pinjaman untuk tambah pendapatan seperti membeli hartanah dan emas sedangkan orang miskin meminjam untuk kepuasan seperti melancong, telefon baru dan sebagainya.

4. Orang kaya mengamalkan ‘Sesal dahulu pendapatan’ iaitu berusaha untuk mencapai matlamat bebas hutang, sedangkan orang miskin ‘Sesal kemudian tidak berguna’ iaitu lupa seolah-olah tiada masa sukarnya.

5. Orang kaya membeli ‘fungsi’ sedangkan orang miskin membeli ‘kemasyuran’.

Sebagai contohnya membeli telefon bimbit. Si kaya membeli sekadar memenuhi keperluan walaupun dengan harga yang murah, sedangkan si miskin mesti yang berjenama dan mahal.

Kawan-kawan, ingatlah bahawa sesuatu matlamat hanya boleh dicapai apabila kita mengubah sudut pandang kita kepada yang lebih baik.

Elakkan daripada terikut-ikut dengan trend semasa yang sangat mempengerahi ramai orang dalam melakukan sesuatu penilaian contohnya orang kaya dilihat pada pakaian atau kenderaannya.

Sedangkan berapa ramai orang yang telah berjaya mencapai tahap multi billionaire masih lagi mengamalkan cara hidup yang sederhana.

Manakala orang yang berpura-pura kaya pula berpakaian atau berperwatakan kaya tetapi pada masa yang sama sedang bergelumang dengan hutang.

Mari kita sama-sama ubah mentaliti kita supaya nanti kita mampu mencapai matlamat yang kita inginkan.

In shaa Allah.

Perunding kewangan dan takaful anda.

Zahiruddin Juatin
INFAQ Consultancy
Ranau, Sabah

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Salam Ahad! Dah ramai bangun? Hehe Saya nak kongsi…