MIGA-i down, jangan panik

Nampak ramai ejen emas ambil kesempatan downgrade MIGA-i apabila berlaku sistem down begini.

Ada yang mengejek, menyindir dan sebagainya.

Kita berniaga secara matang, tak perlu pun buat macam ni.

Sebenarnya tak perlu risau pun.

Ia bawah Maybank kot. Institusi di bawah kawal selia BNM

Bukan kompeni emas lain yang tidak ada kawal selia sesiapa.

Emas fizikal yang kita pegang di tangan lebih tinggi risiko hilang berbanding yg disimpan di bank.

Saya bukan anti simpan emas fizikal.

Saya bukan anti mana-mana jenis emas.

Saya anti misleading, anti FOMO, anti fear mongering tak tentu hala dan anti emas tak patuh syariah

Saya pun ejen emas dan simpan emas fizikal.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Tags:,

Add a Comment