fbpx

Minat Akan‘MEMAKSA’ Kita Untuk Menyimpan Duit

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 215Words
  • 490Views

Dipetik dari FB Akif Radzi

MINAT AKAN ‘MEMAKSA’ KITA UNTUK MENYIMPAN DUIT

Perasankan?

Antara faktor yang ‘memaksa’ kita menyimpan adalah minat.

Highlight utamanya adalah minat yang memiliki kos.

Bila dah minat, kita akan ‘aim’ untuk dapatkan.

Kalu takda duit, kita akan cari.

Kita akan simpan, sanggup kerja lebih masa.

Buat parttime, kerja hari minggu.

Demi untuk memenuhi minat kita.

Minat ni sangat luas untuk kita specifikkan.

Contoh mudah macam, minat sesuatu BRAND, minat latest GAJET, minat SUPERBIKE, minat TRAVEL, minat RASA MAKANAN.

Ada lagi ke? Hihi

Tetapi statistik ini sedikit melegakan.

Pandemik yang berlaku meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menguruskan simpanan dengan baik.

Menurut Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS 2021), 63% daripada 3,033 responden memilih dana kecemasan sebagai sebab utama mereka menyimpan wang, diikuti pula dengan pencen (49%), melancong (40%) dan pembelian harta/rumah (38%).

Dalam statistik ini menunjukkan rakyat Malaysia kian bijak menentukan keutamaan dalam menyimpan.

Bila sebut Dana Kecemasan. Sekurang-kurangnya ada 3 bulan gaji/komisen kita.

Jika gaji RM3000, sebaiknya ada RM9000. Ini untuk peringkat awal.

Selepas dah ada nilai tersebut, cuba tingkatkan ke 6 bulan gaji = RM18,000.
Jika ada keinginan yang lain, buat tabungan yang berbeza.

Jangan pergi ‘sapu’ pulak dana kecemasan tadi.

Jom. Kita tanam minat untuk kumpul simpanan dana kecemasan.

Akif Radzi
INFAQ Consultancy
#SeminarBMW

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berdasarkan lapdfadoran daripada akhbar The Edge 6 Disember 2021, kira-kira…