Mindset Berhutang Boleh Menjerat Diri
Dipetik dari FB Aiman Zaki Salleh
Mindset suka berhutang ni boleh menjerat diri.
Fasa kehidupan berbeza datang dengan keperluan dan kehendak kewangan berbeza.
Kadang-kadang bila ujian atau musibah datang, kewangan kita juga mula goyah.
Apabila ada masalah kewangan, dan kita sering terfikir untuk selesaikan masalah kewangan kita dengan berhutang. Itu sebenarnya tidak betul dan salah.
Kawan, tidak semua perkara perlu berhutang.
Selalunya hanya mereka yang inginkan solusi cepat dengan duit pantas yang akan gunakan jalan hutang untuk selesaikan masalah.
Ya, kita boleh capai apa kita nak dengan berhutang. Masalah pun boleh selesai buat sementara. Tapi akan muncul perkara baru. Hutang baru tadi perlu dibayar. Jika tidak dibayar, ia akan jadi masalah baru.
Jika perlu berhutang, pastikan ia bukan dengan EMOSI.
Berhutang hanya dengan perancangan. Kena bersedia dengan strategi untuk keluar dari hutang jika ditakdirkan tidak mampu bekerja dan tidak mampu bayar. Lebih molek jika dapat siapkan strategi lunas hutang dengan cepat.
Semua ni hanya boleh dapat dengan ilmu dan kefahaman yang betul.
Ilmu yang betul akan bantu kita bina matlamat yang jelas.
Kefahaman yang betul akan hasilkan tindakan tepat.
Saya doakan rakan-rakan yang diuji masalah hutang dan kesempitan dipermudahkan urusan dan dikekalkan dalam iman.
‘Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan’
#INFAQConsultancy
#uruskewangan
#hutang #penjawatawam
Tawaran khas buat penjawat awam untuk konsultansi urus dan struktur hutang dari perunding kami.
Terbuka kepada seluruh penjawat awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan di Malaysia.
Daftar sekarang hingga 30 September adalah PERCUMA.
Hubungi https://aimanzaki.wasap.my untuk maklumat lanjut.
Suber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran