fbpx

Masih ada yang buat teknik pairing emas dengan kereta ala Tok Belagak?

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 279Words
  • 133Views

Tak sangka ada lagi yang buat teknik pairing macam ni tahun 2023 ni.

Setakat ni saya tak jumpa lagi teknik pairing yang bertahan lama.

Dulu-dulu siapa ingat, popular teknik paring overdraf dengan ASB.

Pernah juga popular teknik pairing ASB dengan kereta.

Sekarang apa jadi pada geng-geng yang promote ASB untuk pairing dengan kereta, pairing ASB dengan overdraf? Hilang. Ghuyub.

Teknik pairing emas ETA dengan kereta ni juga pernah popular masa zaman Tok Belagak. Masa ni juga ada yang buat pairing atas pairing. Mula-mula pairing ASB dengan emas ETA, lepas tu pairing emas ETA dengan kereta. Double pairing!

Apa jadi lepas tu? Tersontot. Bukan setakat tersontot, tapi double sontot!

Beberapa tahun lepas masa private mandate popular, ada juga ejen yang pairing private mandate dengan takaful. Katanya, duit untung private mandate boleh join ayat takaful freeeeee. Apa jadi? Hancus….

Sekarang rupa-rupanya ada lagi yang promote emas pairing dengan kereta. Teringat zaman Tok Belagak dulu. Apa jadi pada mereka yang buat pairing emas ETA dengan penuh kereta zaman tu?

Saya perasan satu perkara, geng yang pernah promote pairing emas dengan kereta, ASB dengan overdraf, ada segelintir adalah pemain yang sama.

Lepas tersontot satu program, mereka promote lagi program lain.

Siapa pernah join program-program pairing yang saya ceritakan di atas?

Boleh kongsikan pengalaman.

Jika selusuri kisah-kisah jutawan, setakat ini tak jumpa lagi mana-mana yang jadi jutawan disebabkan buat pairing mengarut macam.

Dalam buku Financial Independence Retire Early a.k.a #BukuFIRE, ada 20 orang jutawan yang saya kisahkan.

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:

BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Inilah masalah geng QM. "Hanya isu misleading sahaja". Mengakui bahawa…