Mitos komisen NGO dan Bank Negara Malaysia masih dipercayai

Tak sangka, masuk tahun 2025 pun masih ada yang percaya mitos tahyul kononnya Bank Negara Malaysia benarkan NGO ambil komisen 30% daripada sumbangan dana awam.
Isu ini sebenarnya sudah selesai sejak 2022 lagi apabila BNM mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara tersebut.
Komisen daripada dana awam yang dikutip NGO memang di luar bidang kuasa BNM.

Hakikatnya, tiada had khusus pun berapa peratus komisen yang boleh diambil.
Apa yang penting, ia dimaklumkan dengan jelas kepada orang ramai semasa kutipan dibuat, dan penderma setuju serta reda dengan peratus tersebut.
Secara teknikal, kalau nak letak 90% pun boleh asalkan ia dimaklumkan dan penderma redha, kan?
Ada ke sesiapa yang baru tahu?
Saya pun ada buat bisnes dengan kutipan derma.
Komisen? 40% daripada duit sumbangan.
Ia ada pengesahan patuh syariah, malah juga sah di sisi undang-undang dan BNM.
Ada yang berminat?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

