fbpx

MLM, Memang Ramai Yang Skeptikal

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 305Words
  • 511Views

Di Malaysia, apabila sebut MLM, memang ramai yang skeptikal.

MLM tak salah. Tapi ramai jalankan MLM dengan cara yang salah.

Gambar-gambar di atas adalah daripada majalah antarabangsa Direct Selling News, keluaran Jun 2020.

Cuba tengok senarai syarikat jualan langsung / direct selling atau lebih dikenali juga sebagai Multi Level Marketing (MLM) terkemuka dunia ini.

Saya yakin, banyak yang rakan-rakan pembaca kenal kompeni-kompeni. Ada yang mungkin kita tak sangka ia adalah kompeni MLM.

Kalau tengok kompeni-kompeni ini, tak jumpa jenis ahli depa yang duk galak promote income besar, kereta mewah kemudian ajak downline buat hutang untuk join.

Pernah tengok geng Amway promote sambil tunjuk income, tunjuk slip gaji?

Pernah tengok geng Tupperware promote produk sambil tayang kereta dan terkinja-kinja atas kereta?

Pernah tengok geng Coway ajak orang beli 10 biji penapis air, kemudian siap ajar cara buat personal loan? Lepas tu, cari downline buat benda sama. Last sekali penapis air ke mana, MLM ke mana, macam satu kompeni tu.

Semua networker dalam kompeni-kompeni di atas, fokus untuk memasarkan PRODUK, bukan mencari downline.

Fokus kepada PRODUK

Kata kuncinya ialah PRODUK.

Bisnes direct selling / MLM / refferral program / affiliate yg bagus ialah produk tersebut dapat dijual tanpa menceritakan tentang peluang buat duit.

Kalau produk bisnes tersebut orang beli sebab peluang buat duit, ia bukan satu bisnes dan produk yg bagus.

Selalunya, produk yg terpaksa dipromosi dgn peluang buat duit, harganya lebih mahal daripada produk lain dgn ciri yg sama.

Jadi, produk seumpama itu tidak dapat dijual kpd end-user sebagai pengguna sebenar.

Jika produk berkenaan terpaksa diceritakan dengan peluang buat duit, ketahuilah bahawa sampai satu tahap ia akan menjadi tepu.

Tip ini terpakai tidak kira apa sahaja produk sama ada penapis air, tupperware, kopi, medical card, cipan, Neelofa, sim kad mahupun batu bata.

Kalau saya join mana-mana MLM di atas, ada tak yabg berminta jadi downline? 😎

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa ada pengalaman macam ni? Dalam kesempitan, ada yang ambil…