fbpx

Kurang 3 Bulan Pulangan Sehingga 100-500%

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 629Words
  • 322Views

Perniagaan apa yang boleh memberikan pulangan 100-500 persen dalam masa kurang tiga bulan?

Ternyata, yang memberikan kita pulangan sebegitu datangnya dari aktiviti perdagangan saham dan kaunter yang menjanjikan pulangan sebegitu ialah dari sektor berkaitan sarung tangan dan kesihatan.

Pun begitu, setelah kenaikan yang mendadak daripada sektor kesihatan berlaku. Yang mana keadaan kenaikan mendadak ini dipanggil.

❝EUPHORIA❞

Yang mana juga setelah berlakunya euphoria ini, akan berlaku market correction.

Maknanya kalau sektor kesihatan dan sarung tangan berada di fasa pull back hari ini, bukanlah sesuatu yang pelik.

“Dah naik banyak,
Dia perlu berehat sebelum meneruskan momentum kenaikan.”

Ketika sesi petang dagangan sebentar tadi, kita mendapati kaunter-kaunter ‘leader’ dari sektor healthcare menunjukkan kenaikan hasil dari minat belian para pedagang di Bursa.

Berbalik kepada tujuan asal hantaran ini ditulis untuk mengajak para followers melihat potensi yang ada pada sektor teknologi untuk dijadikan sasaran kita.

• 1) Rally sektor teknologi dilihat lebih power dari rally sektor kesihatan dan sarung tangan atas sebab perkembangan dunia semasa hari ini menuntut kita beradaptasi dengan segala hal yang berkait rapat dengan dunia internet (internet of things).

• 2) Work from home #wfh yang mulai semakin diterima dan diimplemen pastinya memberi tempias yang cukup positif kepada sektor semiconductor apabila hari ini, semua kita paling kurang memiliki satu telefon pintar dan satu laptop untuk tujuan #wfh. Itu paling kurang. Biasanya lebih. Tak termasuk anak-anak sekolah pun sekarang ini memerlukan penggunaan gajet untuk penerusan e-learning.

• 3) Fenomena ini, secara tidak langsung memberi kesan baik terhadap pertumbuhan segala kaunter yang terlibat dalam sektor teknologi (semiconductor) ini.

• 4) Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengurusan aset, Areca Capital Sdn Bhd, Danny Wong mengulas bahawa :

“Tidak ada masalah sama ada wabak ini berterusan atau sebaliknya, sektor teknologi yang relevan akan terus berkembang.”

Beliau menambah lagi,

“Sejak sebelum krisis covid-19 berlaku, kebanyakan kaunter dari sektor teknologi di Bursa Malaysia sudah berada di tahap terbaik kerana kebanyakannya berada di fasa pertumbuhan.”

• 5) Peningkatan automation di kilang, terutama pengembangan Revolusi Industri 4.0 dan 5G, adalah menjadi jalan keluar untuk penggunaan lebih banyak cip dan sensor.

Fuh 😎

Kaunter berkaitan –
MI, UWC, GREATEC, FPGROUP

• 6) Teknologi yang lebih pintar dalam pertumbuhan produk komersil baik daripada penghasil barangan automotif sehingga mesin yang diguna pakai dalam sektor kesihatan telah menjadi faktor pertumbuhan yang sihat bagi perusahaan teknologi. #belilawei 😂

• 7) Sebenarnya, apabila kita melihat kenaikan banyak saham dari sektor teknologi, sehingga ada yang membuat paras tertinggi (all time high), masih ada banyak potensi pada beberapa saham yang belum menuju all time high, tetapi dalam perjalanan menuju ke paras tersebut. 😎

Contohnya, MI (5286) dan FPGROUP

• 8 ) Untuk melihat betapa malar segar kaunter teknologi ini adalah apabila kita faham bahawa setiap orang memerlukan teknologi dalam hidupnya. Contohnya, ketika anda membaca hantaran ini, anda menggunakan paling tidak sebuah telefon pintar bukan?

Dan telefon pintar adalah satu gajet yang sentiasa perlu di’upgrade’. Maka, dari situ kita melihat potensi sektor teknologi dalam mengembangkan modal sedia ada kita.

Akhir kata dari saya, marilah kita menjadi pedagang dan pelabur yang bijak. Yang sentiasa faham di sebalik setiap kaunter yang kita tekan, apa sebenarnya bisnes yang kaunter tersebut jalankan.

Yang mana akhirnya rutin ini lah yang dilakukan oleh Warren Buffet. Takkanlah, kita nak beli sesuatu kaunter yang tidak berasas. Habis terbakar, meletup dan hanguslah duit kita nanti.

“Menjaga harta adalah sebahagian daripada maqasid syariah yang wajib ke atas kita.”

Sekian dari saya,
Serikandi Saham anda.

========
Tuan Puan rasakan info yang saya tulis ini bermanfaat? Ingin baca lebih banyak lagi kajian-kajian menarik?

Miliki ebook Trade What You See oleh Serikandi Saham. Ebook ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami tentang teknik pelaburan saham yang betul.

******

Tulisan di atas oleh Serikandi Saham

Dapatkan ebook beliau segera. Rujuk link ini.

Pembelian melalui link saya akan mendapat ebook percuma bertajuk PKP : POKET KIAN POKAI? POKET KENA PENUH!

Kalau dah beli tapi tak dpt, tolong inform saya dgn segera.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di Malaysia, apabila sebut MLM, memang ramai yang skeptikal. MLM…