Moratorium: Jika Teruskan Bayaran (Opt Out), Akan Jadi Advance Payment

No photo description available.

 

Selepas beberapa hari, baru dapat jawapan dari BSN.

Soalan yang saya tanyakan kepada BSN ialah:

“Jika saya bayar macam biasa, bayaran tersebut akan dikira sebagai advance payment atau bayaran pokok atau bagaimana?”

Respon bank; Jika pelanggan bayar seperti biasa dalam tempoh moratorium, ia akan dikira sebagai advance payment.

Apabila advance payment tetap akan masuk jumlah hutang pokok dan keuntungan bank.

Jadi, tak berbaloi untuk meneruskan bayaran (opt out) ansuran bulanan hutang rumah apabila diberi peluang moratorium.

Lebih baik kumpulkan ansuran selama 6 bulan dan bayar sekaligus ke atas baki pokok. Ia dapat memendekkan tempoh pembiayaan.

Situasi di atas hanya spesifik utk kes saya; Term Home Financing BSN, tahun 2009.

Berbeza bank, berbeza pendekatan.

Malah setiap bank pun ada pelbagai produk.

Home Financing ada jenis term, flexi, semi flexi.

Jadi, better rujuk bank masing-masing utk dptkan jawapan tuntas.

Apapun kembali kpd situasi kewangan masing-masing

Saya pernah tulis di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Ramai yang tak percaya bahawa ada medical card yang boleh…