fbpx

Tahukah Anda, MRTT Tidak Cover Sepenuhnya Hutang Rumah?

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 472Words
  • 2329Views

Dalam banyak situasi dalam pembiayaan perumahan bank, jumlah perlindungan MRTT tidak cover sepenuhnya hutang rumah.

Boleh baca contoh kes studi oleh Tuan Aizat Ishak ini.

Pembeli berumur 29 tahun
Harga rumah RM300k
Tempoh pinjaman 35 tahun
Dengan kadar (tetap) iaitu 4.5%

Bayaran pendahuluan yang diperlukan sebanyak 5% iaitu RM15,000 melibatkan:

1. Kos guaman = RM6,900 (≈2.3%)
2. Valuation = RM1.3k
3. Kos MRTT = RM6,800

Jadi kos keseluruhan adalah RM315,000

Untuk makluman, kos MRTT untuk tempoh 35 tahun adalah RM12,000

Tetapi dalam kes ini, kos MRTT adalah RM6,800 iaitu separuh daripada kos asal.

Mengapa murah sangat?

Ya, memang murah.

Kerana kos MRTT itu HANYA untuk 25 tahun sahaja. Lagi 10 tahun TIADA PERLINDUNGAN.

Perkara ini sering terjadi dan pembeli perlu menambah RM5,200 lagi untuk mendapatkan perlindungan penuh.

MRTT bermaksud Mortgage Reducing Term Takaful. Reducing bermaksud PENGURANGAN.

Jadi sepanjang tahun jumlah perlindungan itu berkurang secara berkadar dengan tempoh perlindungan. Bukan tempoh pinjaman.

Apabila mencapai 5 tahun rumah dibeli, baki pembiayaan adalah RM294,000

Manakala baki perlindungan adalah RM277,000.

 

Lihat 2 gambar di bawah.

GAMBAR 1: Jadual Coverage MRTT | Tahun ke-5 coverage berkurangan menjadi RM277,519

Bandingkan pula dengan yang ini:

Jadual Amortization Hutang Rumah | Baki hutang rumah pada tahun ke 5 ialah RM294,217

Bermakna, sekiranya berlaku kematian pada tahun ke 5 pembiayaan, waris masih perlu tambah RM17,000 untuk membuat tuntutan terhadap rumah tersebut.

Semak kembali surat tawaran pinjaman pembelian rumah anda dan bandingkan dengan coverage MRTT yang dibuat.

Sepanjang pengalaman saya sebagai konsultan, majoriti kes pembiayaan perumahan bank adalah sebagaimana di atas.

Sebagai alternatif kepada MRTT, saya akan cadangkan MLTT. Lebih-lebih lagi jika kos MRTT dimasukkan dalam pembiayaan perumahan.

Sebab, sekiranya bayaran MRTT dimasukkan dalam ansuran bulanan, kos terserbut lebih berbaloi dengan melanggan MLTT, kerana;

  • Boleh dapat coverage lebih tinggi dan ia TIDAK BERKURANGAN.
  • Boleh tambah coverage tambahan untuk penyakit kritikal.

Contoh, coverage RM300,000 perlu bayar RM15,000 untuk MRTT jika bayar sekaligus tapi jika serap dalam ansuran perubahan jadi RM80 sebulan.

Bajet yang sama, RM80 boleh dapat coverage RM300,000 jika gunakan produk term takaful dan coverage tersebut adalah kekal tidak berkurangan sebagaimana MRTT.

Nampak tak perbezaan antara MRTT dan MLTT ini?

Baca juga artikel lama saya di sini : Perbandingan MRTT (MRTA) dan MLTT (MLTA)

Jika mahukan sesi konsultansi perkara ini, boleh isi borang di bawah

Akhir sekali, Jgn lupa see first FB Afyan Mat Rawi dan follow Channel Telegram

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Soalan paling kerap ditanyakan kepada saya oleh wartawan apabila menemuramah…