MTM Mart Di Pinggiran Batu Caves

Semalam saya singgah di MTM Mart yang terletak di Pinggiran Batu Caves, sebagai sokongan saya terhadap usahawan Muslim

Apabila sampai di sana buat pertama kali, saya kata “Wow!!!!“

Penuh dengan barang-barang dapur yang biasa saya beli di kedai runcit biasa, kecuali barangan basah.

Boleh lihat gambar-gambar yang saya sertakan, penuh barangan dalam rak-rak kedai dari pintu sampai ke hujung.

Selalunya, kedai runcit biasa sahaja penuh sebegini.

Tapi yang ini, kedai runcit yang hanya membuatkan produk-produk Muslim sahaja.

Selalunya, kalau kedai seumpama ini yang hanya menjual produk keluaran orang Islam, jarang jumpa yang penuh rak sebegini. Selalunya produk tak berapa banyak. Tapi kali ini berbeza.

Kedai ini baru sahaja beroperasi 6 bulan, sejak dari bulan Syawal yang lalu.

Saya pun baru perasan kewujudan kedai ini. Difahamkan, walaupun ia sudah beroperasi sejak 6 bulan, tapi baru sebulan dua signboard dipasang.

Ketika saya datang semalam, pemiliknya sendiri yang bertugas di kaunter pembayaran, bersama anak buahnya.

Pemiliknya seorang wanita, yang masih bekerjaya sebagai guru di sekolah berdekatan.

Katanya, beliau mengusahakan kedai ini sebagai matlamat untuk pencen awal pada usia 50 tahun.

Sekarang umurnya 45 tahun, hanya lebih kurang 5 tahun lagi sebelum pencen.

Seronok saya mendengar cerita dan celoteh beliau. Saya doakan cita-citanya tercapai.

Semoga cita-citanya tercapai! Kita doakan sama-sama.

Sebagai sokongan, mohon rakan-rakan kongsikan tulisan ini.

Lokasi MTM Mart ini terletak di lot kedai berdekatan dengan traffic light cabang 3 untuk masuk ke Pinggiran Batu Caves, di antara Sri Gombak dan Wira Damai.

Kalau dari arah Sri Gombak, ia terletak selepas melalui Surau Ubudiah. Masuk ke kiri selepas surau tersebut.

Ini alamatnya;

14, Jalan Pinggiran 1/1,
Taman Pinggiran,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+60 3-6181 1006

Atau klik di sini ( google map)

Saya baru jumpa di Google maklumat ini.

MTM bermaksud “Muslim To Muslim”.

Di dalamnya, hampir semua barangan kering keperluan dapur ada dijual.

Kata pemiliknya, beliau dalam proses untuk membuka satu lagi unit untuk jualan barang-barang basah pula.

“Wah, satu perkembangan yang bagus!“ getus hati saya.

Senang, datang sini semua barang ada. Boleh buat stok terus kalau rumah jauh.

Dari beras, roti, frozeen food, mi segera, minyak masak, susu pekat, susu cair, sabun mandi, sabun basuh baju, sabun pinggan – InsyaAllah mudah diperolehi di sini.

Jenama Saji yang selalu kehabisan di kedai-kedai lain pun ada. Di sini baru saya jumpa produk-produk lain jenama Saji seperti susu pekat, susu cair dan mi segera. Ia jarang didapati di kedai runcit lain. Yang selaku ada dan selalu kehabisan, minyak masak jenama Saji.

Produk-produk frozeen food keluaran Ramly pun ada di sini. Dari nugget, sosej, fish ball, meat ball dan sebagainya.

Apabila saya beritahu Sarah, “Ayah nak beli frozeen food”, dia sangka barang dengan jenama animasi Frozeen. Hahaha

Di sini juga, saya jumpa satu jenama yang sungguh nostalgik, jenama Hilal!

Pasti ramai pernah dengar jenama ini, keluaran Koperasi Al-Hilal atau lebih dikenali sebagai KOHILAL. Produk-produknya seperti sabun mandi, sabun pakaian, sabun basuh pinggan – turut dijual di sini.

Lama saya tak nampak produk jenama Hilal dijual di kedai-kedai runcit. Saya sangkakan, ia sudah berkubur tapi rupa-rupanya ia masih ada. Alhamdulillah.

Cuma saya difahamkan, ia hidup segan mati tak mahu. Difahamkan juga, asetnya masih banyak. Semoga dengan semangat BMF dapat diambil kesempatan oleh pihak pengurusan KOHILAL.

Ada banyak lagi produk-produk keluaran Muslim yang saya sendiri pertama kali nampak di kedai ini.

Ayuh kita sama-sama doakan agar perniagaan MTM Mart ini semakin maju!

Boleh tengok gambar-gambar produk di sana yang sempat saya rakam semalam.

Map dari Google saya kongsikan pada gambar di bawah.

Ketik “Amiiin” dan share 

Afyan Mat Rawi
Bekas Bapa BMF Kebangsaan (self claim)

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com