fbpx

Muflis / bankrap bukan jalan mati

  • 1 year ago
  • 6Minutes
  • 1070Words
  • 933Views

Ramai takut apabila berhadapan dengan bankrapsi atau muflis.

Sebenarnya muflis atau bankrap bukanlah jalan mati.

Ia merupakan satu cabang jalan yang boleh dipilih apabila berada di persimpangan kehidupan.

Kadang banyak juga mitos orang kita berkenaan bankrap. Nanti saya akan kongsi dalam thread seterusnya.

Dalam thread ini saya nak kongsikan pengalaman Tuan Syukur Sapuan keluar daripada bankrap.

Tulis beliau dalam group FB Muflis Bankrupt di Malaysia:

Perkongsian semoga dapat beri inspirasi.

  1. Saya keluar muflis Disember 2021.
  2. Baru-baru ni dapat surat dari bank yang mufliskan saya, iaitu Bank Rakyat.
  3. Suruh datang untuk ambil duit baki.
  4. Sebenarnya duit bisnes dan peribadi mostly licin lepas setelkan muflis haritu.
  5. Cuma ada satu perkara yang susah nak cerita nilainya iaitu – Rasa Tenang.
  6. Dah keluar hutang ni feel good rupanya.
  7. Ya, takde kereta besar atau rumah besar untuk ditontonkan. Hidup sekadarnya.
  8. Dah pernah bodoh mengurus kewangan, takkan nak bodoh sampai berterusan kan?
  9. Saya doakan kawan-kawan yang sedang diuji terus kuat berusaha.
  10. Back to Allah. Doa dan minta pada Dia.
  11. Kisah saya muflis dan berjaya keluar saya ada share di #tipskeluarmuflis

Perkongsian dari Tn Norajian Kamarudin

Ramai orang sangka, apabila diisytiharkan muflis maka hilang segalanya. Sebenarnya ia tidaklah seteruk itu.

Saya kongsikan penulisan daripada Tn Norajian Kamarudin ini, seorang yang pernah bankrap dan sekarang bebas dan lepas.

Tulis beliau:

“Bankrap atau Muflis adalah perkataan yang sangat di takuti oleh semua orang.

Apa yang terbayang difikiran saya dulu orang yang bankrap tidak boleh memakai pakaian baru. Hanya boleh pakai selipar dan singlet sahaja.

Mungkin sebab itulah cerita yang saya dengar tentang orang yang bankrap ini semasa zaman persekolahan.

Hakikatnya tidak begitu.
Berikut adalah antara mitos dan perkara tidak benar tentang individu yang bankrap. Antaranya :

  1. Semua harta akan dirampas.
  2. Hilang hak berkerja dengan kerajaan atau swasta.
  3. Terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang.
  4. Tidak boleh membuka akaun bank.
  5. Tidak boleh ke luar negara/ mengerjakan haji atau umrah.

Jadi jika anda bankrap, janganlah merasa sangat risau kerana hidup masih belum berakhir.

Anda tidak bersendirian. Masih ada jalan keluar.
INSYAALLAH 🌹”

Boleh rujuk screenshot di bawah tulisan penuh beliau.

Bagaimana menghadapi masalah keberhutangan yang serius?

Saya kongsikan sedikit lagi cadangan solusi daripada saya atas kapasiti sebagai seorang Financial Planner.

Ada 4 langkah dan peringkat.

Langkah (1)
Buat rakan-rakan yang mempunyai masalah keberhutangan yang serius, saya cadangkan bawa masalah anda ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan untuk mendapat nasihat.

Jangan takut untuk berjumpa dengan pegawai AKPK.

Ia ibarat kita menghidap kencing manis yang serius dan perlu berjumpa doktor pakar. Doktor akan nasihatkan untuk potong sebahagian anggota badan tertentu untuk mengelakkan penyakit itu melarat.

Jika kita takut untuk berjumpa dengan doktor, penyakit kencing manis itu akan melarat daripada satu anggota ke satu anggota yang lain.

Begitu juga dengan orang yang mempunyai masalah keberhutangan yang serius. Kepakaran mereka adalah membantu orang-orang yang mempunyai masalah keberhutangan yang serius.

Langkah (2)

“Takutlah nak jumpa AKPK. Nanti kena blacklist”

Ada yang kata mereka takut untuk jumpa AKPK sebab takut kena blacklist dengan bank dan tak dapat lagi buat hutang.

Aduyai… Dia macam ni. Untuk bagi mudah faham, saya gunakan analogi sama penyakit kencing manis tadi.

Kalau kita dah kencing manis kritikal, susah barang tentu doktor akan advise jangan makan makanan manis, kena makan ubat tertentu dan sebagainya.

Jadi begitu juga apabila menghadapi masalah keberhutangan yang serius, makan tindakan pertama kena berhenti berhutang.

Memang AKPK ada cara untuk menghalang peserta AKPK untuk membuat hutang baru sepanjang tempoh program yang disediakan. Berbeza dengan doktor, yang hanya boleh advise sahaja.

AKPK akan sediakan program pengurusan kredit bagi mereka yang mempunyai masalah keberhutangan serius dan menyediakan plan pengstukturan semua hutang piutang kita.

Program tersebut, AKPK akan dapatkan kerjasama dengan bank-bank berkenaan untuk mengstruktur bayaran ansuran bulanan bank.

Justeru amatlah wajar dalam tempoh berkenaan, kita tidak membuat sebarang hutang baru dan fokus kepada pembayaran hutang sedia ada dengan ansuran yang dikurangkan melalaui program AKPK.

Langkah (3)

“Kalau saya nak jumpa dengan Sdra Afyan sahaja boleh tak untuk buat perkara ni?”

Boleh, tapi saya malas. Hahaha

Sebagai Financial Planner yang memiliki tauliah IFP sejak 2013, saya ada sedikit sebanyak ilmu tersebut. Cuma saya hanya boleh advise secara umum sahaja.

Lagi pun, saya hanya boleh advise sahaja tapi tak mampu untuk berhubung dengan bank. Pelanggan sendiri yang perlu berhubung dengan bank.

Sebenarnya tanpa AKPK pun kita boleh lakukan sendiri pengstukturan hutang dengan berhubung dengan bank.

Namun ia bergantung kepada ilmu kewangan kita. Silap gaya, jadi gali lubang tutup lubang jika ada banker yang advise untuk buat personal loan untuk “bantu” bayar hutang lama.

Jadi melalui AKPK, program pengurusan kredit ini akan lebih tersusun dengan pemantauan atau monitoring daripada mereka.

Maknanya setiap urusan kita dengan bank, akan dipantau sepenuhnya oleh AKPK.

Langkah (4)
Mungkin akan ada kes-kes keberhutangan yang terpaksa diisytiharkan muflis atau bankrap.

“Haaaa??? Bankrap? Takutnya!”

Tuan-Puan, bankrap bukan jalan mati.

Ia juga adalah salah satu solusi yang jauh lebih baik daripada pinjam along, atau jual buah pinggang.

Ia sesuai jika dah lemas dalam masalah hutang. Ya, akan ada harta yang kena sita. Akan ada halangan-halangan tertentu selepas jatuh bankrap.

Ia ibarat kena potong kedua-dua belah kaki selepas penyakit kencing manis. Cuma bezanya, kalau kena potong kaki dah tak dapat sambung balik.

Tapi jika jatuh bankrap, masih boleh dipulihkan. Insya Allah kalau ada masa, saya akan kongsikan detail lagi pada masa akan datang.

OK, itu dia 4 langkah apabila berhadapan dengan masalah keberhutangan yabg serius.

Kesimpulannya

Nasihat saya, jangan lari daripada hutang. Hadapinya dengan tabah dan gentleman.

Jika betul-betul nak ubah kehidupan dan kewangan, fokus kepada ilmu pengetahuan berbanding tindakan-tindakan yang hanya solusi jangka masa pendek.

Masalah utama kewangan bukanlah sebab tak cukup wang. Tapi sebab tak uruskan wang dengan betul.

Orang yang mempunyai masalah hutang ketika gaji 2000, biasanya akan tetap mempunyai masalah hutang waluapun gajinya naik kepada 3000. Kendatipun jika gaji 5000 pun tetap mempunyai masalah yang sama, malah jumlah hutang yang lebih besar.

Orang yang mempunyai masalah hutang, biasanya adalah kerana dia mempunyai tabiat berhutang daripada muda.

Apabila seseorang itu mempunyai kecenderungan untuk berhutang banyak ketika gaji 2k, dia akan mempunyai kecenderungan yang sama apabila gaji 3k dengan hutang yang lebih besar.

Bak kata pepatah, makin besar periuk makin besar keraknya. Kita di zaman moden, dah ada rice cooker Dan TM6, sepatutnya dah tak ada kerak kalau masa nasi.

Dalam buku Financial Independence Retire Early F.I.R.E #BukuFIRE saya kongsikan detail perkara berkaitan mindset dan habit kewangan ini.

Klik di sini BukuFIRE.com

@afyanIFP <—- Jangan lupa follow utk lagi tip-tip kewangan dari

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari Twitter Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebak pula tengok video ni. https://www.tiktok.com/@afyan.ifp/video/7278717409698073863 Pernah nampak sendiri depan…