fbpx

Mulakan Dengan Ilmu

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 209Words
  • 380Views

Membuat pelaburan, mulakan dengan ilmu.

Melabur tanpa ilmu ibarat budak 12 tahun yang ambil kunci kereta ayah dia dan terus memandu tanpa masuk kelas memandu. Ia membahayakan pemandu dan pengguna lain. Boleh kemalangan maut dan total lost.

Jika belajar dan belajar tapi tak amalkan pula ialah ibarat beli kereta tapi tak ada stereng. Kereta tersebut tak berguna walaupun mahal.

Sebelum melabur, kena mulakan dengan simpanan. Jika membuat simpanan ibarat menaiki basikal, melabur pula ibarat menaiki motosikal.

Orang yang biasa menunggang basikal, lebih mudah untuk belajar naik motosikal. Orang yang biasa menyimpan, lebih mudah untuk melabur berbanding orang yang tak berdisiplin menyimpan.

Melabur dengan berhutang pula ibarat pakai kereta sewa. Kena hati-hati sebab nak kena pulangkan balik kereta tu. Kalau tak kena gaya, lebih banyak rugi berbanding untung.

Kalau tersilap melabur ke pelaburan sontot, skim cepat kaya dan skim piramid pula ibarat naik basikal masuk highway, masuk line tengah. Konon nak cepat tapi sebenarnya cari nahas.

Nak melabur kena ada modal, ilmu dan strategi. Kena bersedia untuk rugi. Tapi rugi yang dalam pertimbangan yang munasabah. Calculated risk. Bukan rugi sebab kena sontot atau rugi sebab bodoh.

Harapan bukanlah strategi. Sebab itu kalau bergantung kepada harapan semata, tak boleh pergi jauh. Setakat 22 bulan je. Oppssss…

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
7 ekor lembu gemuk dan 7 ekor lembu kurus. 7…