fbpx

Mimpi Raja Mesir

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 455Words
  • 528Views

7 ekor lembu gemuk dan 7 ekor lembu kurus.
7 musim subur dan 7 musim kemarau.
Promosi 7.7 dan 7 isi penting.

Cerita ini biasa saya kongsikan dalam sesi-sesi #SeminarBMW

Ia tentang mimpi Raja Mesir.

Kisah ini ALLAH nukilkan di dalam Al-Quran, surah Yusuf, satu-satunya surah yang bercerita tentang seorang Nabi dari kecil hingga dewasa.

1. Dalam mimpi Raja Mesir, beliau melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus.

2. Dipanggil selllluuuruuuh ahlil-nujum satu negara utk mentafsir mimpi tersebut dan tiada seorang pun dapat berikan tafsiran yg tepat.

3. Sehinggalah sampai pengkhabaran kepada Raja Mesir tentang seorang banduan daripada penjara Mesir yg pandai mentafsir mimpi.

4. Tidak lain tidak bukan, orangnya ialah Nabi Yusoff ‘alaihissalam. Nabi Yusoff dipanggil oleh Raja Mesir untuk mentadbir mimpi tadi. Nabi mentafsirkan bahawa nagara Mesir akan hadapi 7 tahun musim subur dan 7 tahun musim kemarau.

5. Nasihat Nabi Yusoff, tinggalkan SEPARUH gandum yg dituai selama 7 tahun pada tangkainya. Ia untuk kegunaan di musim kemarau.

6. Ibrah (iktibar) yg boleh kita ambil ialah, ketika ekonomi dlm keadaan baik, BANYAKKAN SIMPANAN.

7. Dan ketika gawat, SIMPANAN (dalam konteks Mesir ialah gandum) amat diperlukan.

 

7 Pengajaran, iktibar dan persoalan.

1. Jika zaman Nabi Yusof, gandum sebagai komoditi utama yang dijadikan bekalan. Apa pula yang boleh disesuaikan pada zaman sekarang? Emas? Tunai?

2. Pada saya, ialah apa sahaja yang tahu oleh convert kepada tunai dengan segera. Tidak semestinya wang tunai di bank. Ia boleh jadi emas. Ia boleh jadi saham. Ia juga boleh jadi unit trust. Semua ini ialah aset mudah cair.

3. Jika zaman nabi Yusof, rakyat Mesir beruntung sebab Raja Mesir dapat petunjuk melalui mimpi baginda. Kita sekarang di Malaysia hendak tunggu mimpi siapa?

4. Jika Raja Mesir membawa Nabi Yusof dari pintu penjara ke singgahsana istana untuk menjaga hal ehwal ekonomi, hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa Tengku Zafrul dari pintu bank ke kerusi menteri untuk menjaga Kementerian Kewangan.

5. Kerajaan Mesir sudah berikan signal untuk rakyat menyimpan gandum sepanjang tempoh musim subur supaya tak kebulur ketika musim kemarau.

Kerajaan Malaysia tak bagi signal ketika musim subur dulu pada zaman Tun M, Pak Lah, DSNR dan kemudian kembali kpd Tun M. Tapi yang pastinya ketika musim “kemarau” ini banyak “gandum” yang telah disimpan lama mula diagihkan melalui moratorium, pengeluaran KWSP, projek PRIHATIN, projek PENJANA dan sebagainya.

6. Rakyat Malaysia perlu ambil iktibar. Bukit yang ditarah setiap hari lagikan akan rata. Gandum yang diberikan setiap hari pun tak mustahil akan habis.

7. Hari ini 7.7, banyak jualan murah dijalankan. Belanja dengan berhemah. Jadi pengguna bijak, bukan pengguna terpijak. Jangan beli semata sebab ada peluang tapi beli sebab ia memang kita cari.

Kena bersedia utk menghadapi situasi yang lebih teruk dan lebih buruk. Zaman Nabi Yusof, tempohnya 7 musim. Malaysia? Wallahua’lam.

Belajar ilmu kewangan secara bermodul di eSeminarBMW

Afyan Mat Rawi
Cari Robo Vacum dari bulan lepas.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Untuk anda yang 'makan gaji' atau bos yang 'ambil sendiri…