Mulakan Dengan RM10 Setahun

Di petik dari FB Aiman Zaki Salleh

Macam ni la.

Kita terus terang.

Aliran tunai tuan memang tak cantik. Kena selesaikan hutang kad kredit dulu. Kalau betul nak takaful, mulakan dengan RM10 setahun.

Manfaat PA takaful

RM10,000 -Kematian
RM10,000 – Lumpuh Kekal
RM1,000 – Khairat Kematian
RM600 – Belanja Perubatan
RM10 sehari – Elaun Hospital

Dengan SST RM10.60 setahun.

Dalam tempoh setahun, tambah baik dan capai matlamat yang dah kita tetapkan. Baru kita tambah baik pelan perlindungan.

Memang tak la ejen nak cerita macam ni.

Komisen RM2.50 je kot.

Tapi sejujurnya, lebih baik ada dari tiada.

Sekurang-kurangnya jika meninggal akibat kemalangan – RM10,000 ni waris boleh guna selesaikan ‘uncovered liability’ atau membantu untuk urusan pusaka.

Oh ya, jika meninggal akibat kena santau -takaful PA tak cover ya.

Selain untuk mereka yang bajet ketat, PA takaful sesuai untuk student, atau mereka yang kerap guna motor sebagai pengangkutan utama atau boleh masukkan dalam manfaat tambahan masa renew takaful kereta.

Ada yang berminat?

#teamINFAQ

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com