fbpx

Sudah Hampir Tiada Kedai Runcit Orang Melayu

Jika di tempat saya, Gombak / Batu Caves sudah hampir tiada kedai runcit orang Melayu Malaysia.

Yang ada ialah kerai runcit orang Acheh, paling banyak.

Kemudian, kedai runcit yang diusahakan oleh Mamak atau India.

Dan yang menariknya, mereka boleh hidup dalam keadaan kedai 99 Speedmart wujud dalam radius 1 km dari premis mereka.

Saya perasan, kedai 99 Speedmart buka di kawasan yang perumahan, yang sudah sedia ada banyak kedai-kedai runcit.

Walaupun menawarkan separuh produk yang lebih kurang sama, tapi kedai-kedai runcit yang dibangunkan masih kekal releven malah ada yang siap buka cawangan dan besarkan premis mereka.

Saya ambil contoh berdekatan kawasan Batu Caves bermula dari bulatan Batu Caves, masuk ke kawasan Medan Selayang menuju ke Kampung Nakhoda.

Jarak nya hanya lebih kurang dalam 5 km sahaja.

  • Ada 3 buah pasaraya mini Speedmart,
  • Ada 2 kedai 7-Eleven
  • Dalam masa sama ada lebih 10 kedai runcit yang diusahakan oleh warga Acheh.

Mereka buat dan mereka dapat.
Bak kata pepatah Arab “Man jadda, wajada” Yang bermaksud siapa buat, dia dapat.

Satu sudut, kita bangga kerana mereka pun dari rumpun Melayu dan berakidah Muslim. Maknanya, mereka ada formula untuk berjaya.

Sebenarnya ia bukan perkara baru.

Sudah sekian lama sebenarnya Malaysia didatangi dan dibangunkan oleh warga pendatang.

Orang dari China, dari India, dari Bangladesh, dari Myanmar, dari Vietnam, dari Pakistan, dari Acheh – mereka datang ke Malaysia sehelai sepinggang masa mula-mula jadi pendatang dulu.

Dengan usaha mereka, hari ini kaya raya.

Siap boleh wariskan kekayaan dan perniagaan dari generasi ke generasi.

Ada juga yang keturunan mereka yang boleh jadi pemimpin negara.

Bayangkan Malaysia 50 ke 100 tahun akan datang?

Orang Melayu Muslim hanya tinggal nama dan merempat di bumi sendiri kalau masih tak nampak lagi.

Sebahagian tulisan ini dari komen di link asal di Malaysiakini (BM Version), tapi dikatakan saya tuduh Melayu malas.

Saya pun Melayu dan tulisan ini adalah kritikan sosial kepada bangsa yang seakidah dengan saya.

Saya akui membangunkan usahawan Melayu Muslim memang banyak cabarannya. Mentaliti “makan gaji” dan persepsi “Melayu malas” sedikit sebanyak menjadi cabaran.

Dalam drama-drama Melayu, kalau sebut tentang bisnes dan usahawan, sudah tentu terbayang bisnesman memakai suit lengkap, bertali leher, dengan briefcase, berjalan ambil sembang angka juta-juta saham.

Jarang drama Melayu highlight bisnesman berjaya dengan kerja-kerja rencam kedai runcit sebegini. Kalau ada pun digambarkan sekadar kais pagi makan pagi. JIka ada watak usahawan kedai runcit yang kaya, tentu dia menjadi lintah darat di kampung.

Apatah lagi kalau usahawan dalam bidang takaful, memang tak ada tempat langsung dalam drama Melayu.

Walhal bisnes ini juga mampu melahirkan jutawan yag tidak kurang hebatnya.

Mahu menyertai INFAQ Consultancy sebagai usahwan takaful? Isi borang di sini utk kami ajak ke program taklimat kerjaya terdekat

https://infaq.my/kerjayatakaful/

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com