Nak simpan emas, tapi dapat kertas berlapis emas?

Tadi tertonton satu live seorang penjual emas.
Harga asal RM35 untuk satu kad seberat 0.002 gram.
Flash sale sempena live, dia jual RM20 sekeping.
Dan kalau beli 5 kad RM100, akan dapat percuma satu kad lagi.
Maknanya, RM100 untuk 6 keping = 0.012 gram.
Murah betul sebab 1 kad hanya RM100 ÷ 6 = RM16.67 sahaja!
Tapi… eh? Cuba kira betul-betul.
RM100 bahagi 0.012 gram, bermakna harga dia RM8,333 untuk 1 gram!
Harga pasaran emas sekarang dalam RM500 lebih je segram. Tapi yang ni lebih RM8 ribu?
Murah ke tu? Atau kita yang kena main dengan nombor?
Berbaloi ke beli emas sebesar itu?
Nak simpan emas, tapi terbeli kertas mahal dengan cebisan emas yang halus sangat sampai kena mikroskop baru nampak.
Nak jual balik? Nak pajak? Nak bagi kat anak cucu?
Silap-silap jatuh atas lantai, terus ghaib tak jumpa.
Jangan sampai jadi mangsa trend. Jangan biar emosi kalahkan logik.
Simpan emas ni bagus, tapi simpan dengan ilmu, bukan ikut live semata-mata.
Yang penting bukan siapa jual, tapi apa yang kita beli.
Beli emas, tapi janganlah beli emas sebesar tah! hidung
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran