Nama Melayu atau Arab belum tentu kedai Muslim, semak sebelum buat pesanan

Berhati-hati, gaisss.

Sudah beberapa kali insiden seperti ini berlaku selama ini.

Setiap kali ia berlaku, ia mengingatkan kita bahawa sebagai pengguna Muslim, kita perlu lebih peka apabila membeli makanan, terutama melalui platform dalam talian.

Hati-hati apabila gunakan GrabFood, ShopeeFood, Lalamove apabila membuat tempahan makanan.

Jika aplikasi MISI boleh atasi masalah ini, kita wajib support.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada kes-kes seperti ini ialah:

1. Jika membuat pesanan makanan secara dalam talian, utamakan peniaga Muslim.

Lebih selamat jika membeli daripada restoran yang kita sudah biasa kunjungi atau yang kita kenal pemiliknya.

2. Nama yang kedengaran Melayu atau Arab tidak semestinya dimiliki oleh orang Islam.

Kaedah menggunakan nama sebegini sebenarnya sudah lama digunakan oleh sesetengah peniaga bukan Muslim bagi menarik keyakinan pengguna Muslim.

Jika sesuatu produk mempunyai sijil halal JAKIM yang sah, maka isu halal tidak timbul.

Namun kadang-kadang yang menjadi isu ialah kekeliruan pengguna apabila nama tersebut memberi gambaran seolah-olah ia dimiliki oleh orang Islam.

3. Sebelum ini, teknik sebegini lebih banyak digunakan pada produk makanan dalam tin, botol atau paket seperti mi segera, sos, kicap dan seumpamanya.

Jarang sekali kita dengar restoran menggunakan pendekatan yang sama.

Kalau ada pun, biasanya restoran yang menyamar seperti restoran Mamak, tetapi sebenarnya dimiliki oleh India bukan Muslim.

Pernah juga timbul kes seperti Pau Ahmad yang disangka keluaran pengusaha Muslim, tetapi rupanya dimiliki oleh syarikat Cina.

4. Apabila perkhidmatan penghantaran makanan menjadi semakin popular melalui aplikasi seperti Foodpanda dan GrabFood, nampaknya ada pihak yang mula mengambil peluang menggunakan nama yang memberi imej Melayu Muslim walaupun pemiliknya bukan Muslim.

Perkara ini boleh menyebabkan pengguna Muslim tersalah sangka.

5. Kepada peniaga Melayu Muslim yang menjual makanan melalui aplikasi dalam talian seperti ini, sebaiknya usahakan untuk mendapatkan sijil halal JAKIM.

Pengsijilan halal bukan sahaja meningkatkan keyakinan pelanggan, malah dapat mengelakkan sebarang keraguan berkaitan status halal makanan yang dijual.

Saya juga dimaklumkan bahawa terdapat program khas daripada pihak berkuasa halal untuk membantu golongan asnaf dan B40 mendapatkan pensijilan halal dengan lebih mudah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment