Nikmati Hibah Setinggi 3.55% Dengan Alliance SavePlus Account – i
Berdasarkan statistik dari Bank Negara Malaysia, majoriti rakyat Malaysia tidak mampu untuk membuat simpanan. Sebenarnya, 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan RM 1,000 apabila berlaku kecemasan.
Tahukah anda, akaun Alliance SavePlus Account-i, akaun semasa patuh syariah oleh Alliance Islamic Bank boleh membantu memberi galakan untuk kita menyimpan? Bukan itu sahaja, tapi produk ini juga memberikan manfaat tambahan lain.
Antara ciri istimewa Alliance SavePlus Account-i ini yang jarang ada pada produk seumpamanya di pasaran ialah, ianya mempunyai kecairan yang tinggi dalam masa sama mempunyai kadar hibah yang tinggi tanpa mempunyai lock-in period.
Berdasarkan rekod, ia pernah memberi hibah setinggi 3.55% setahun.
Kadar hibah 3.55% atau pulangan setinggi ini, selalunya ia bagi produk simpanan tetap (fixed deposit) yang ada di pasaran.
Tapi yang ini bukan akaun fixed deposit, tetapi akaun semasa.
Jika fixed deposit, ia mempunyai lock-in period tertentu yang menyebabkan pendeposit perlu meletakkan wang dalam tempoh masa tertentu barulah layak menerima pulangan atau hibah yang diberikan.
Jika pendeposit mengeluarkan wang tersebut sebelum tamat lock-in period tersebut, maka hibah atau pulangan yang sepatutnya mereka terima, tidak akan diberikan.
Tapi bagi produk Alliance SavePlus Account-i ini, sangat fleksibel kerana tidak ada sebarang lock-in period.
Lebih menarik lagi, cara kiraan hibah ini adalah berdasarkan kiraan baki harian dan hibah tersebut akan dimasukkan secara bulanan.
Ya, hibah secara bulanan, bukan tahunan. Kiraan tersebut ialah secara pro-rata berdasarkan kadar hibah tahunan semasa. Akaun ini memang antara yang memberikan pulangan yang tertinggi di pasaran sekarang!
Contoh, jika kelmarin baki anda adalah RM 150,000, anda akan mendapat sebanyak 0.0097% (3.55% / 365 hari) pada baki akhir hari sebanyak RM150,000.
Kadar hibah 3.55% ini adalah berdasarkan rekod sejarah hibah sebelum ini. Ia tertakluk kepada terma dan syarat, dan budi bicara bank.
Wow! Banyak betul kelebihan produk ini kan?
Jom kita tengok balik satu per satu:
- Kadar hibah pernah setinggi 3.55%
- Tidak ada lock-in period seperti kebanyakan fixed deposit. Jadi, pengguna boleh membuat pengeluaran bila-bila masa, serta masih layak untuk menerima hibah.
- Ia akaun semasa, bukan fixed deposit. Jadi, kecairan sangat tinggi dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
- Kiraan hibah berdasarakan baki harian dan pemberian hibah dimasukkan ke dalam akaun secara bulanan
Ada lagi, produk Alliance SavePlus Account-i ini tidak memerlukan atau mewajibkan pengguna membuat transaksi tambahan untuk layak menerima hibah.
Ada sesetengah akaun semasa yang menawarkan hibah sebegini yang memerlukan pengguna membuat transaksi tambahan, barulah layak menerima hibah yang diberikan.
Sebagai contoh, ada produk akaun semasa lain yang mengkehendaki pengguna membayar bil menggunakan akaun simpanan, atau perlu mendeposit jumlah minima setiap bulan atau melakukan sebarang transaksi lain untuk melayakkan pendeposit menerima hibah tersebut.
Jika tiada sebarang transaksi? Maka tidak layak untuk menerima hibah tersebut.
Tapi bagi produk Alliance SavePlus Account-i ini, TIDAK ADA SYARAT TRANSAKSI yang dikenakan kepada pengguna.
Ada transaksi atau tidak ada, tetap layak untuk terima hibah yang diberikan. Bagi rakan-rakan yang pernah mempunyai akaun semasa individu atau bisnes dengan bank-bank lain, tentu nampak kelebihan yang ada pada produk Alliance SavePlus Account-i ini!
Jadi, ia kelebihan bagi pengguna-pengguna baru dengan bank ini, yang sudah biasa membuat transaksi dengan bank lain, hanya perlu membuka akaun Alliance SavePlus Account Account-i untuk simpanan semasa, dan tidak perlu membatalkan akaun sedia ada untuk memastikan ada transaksi di akaun baru ini.
Simple kan?
Untuk mengetahui lebih detail tentang produk ini, boleh klik di laman web ini – Alliance SavePlus Account-i
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran