Orang sakit boleh jadi makin sakit tengok bil hospital swasta

Orang sakit boleh jadi makin sakit tengok bil hospital swasta
• Tisu basah bayi di sebuah hospital swasta dicaj RM18.80. Di pasar raya? Tak sampai RM10 pun. Malah yang sekitar RM5 pun ada.
• Beg ais dicaj RM43.35. Padahal boleh beli satu pek ais 10kg penuh di kedai serbaneka dengan RM3.
• Gelang kertas untuk tanda “fall risk” dicaj RM1.60 sehelai. Di Shopee harga sekeping 15 sen, dan kalau borang minima 100 pcs harganya jatuh 3.5 sen sahaja sehelai.
• Adakah tisu basah, beg ais, gelang kertas yang disediakan oleh pihak hospital swasta adalah berbeza dengan apa yang dijual di pasaran terbuka? Mohn betulkan jika salah perbandingan harga yang saya buat di atas.
• Kos hospital supplies & services (HSS) menyumbang 59%–70% daripada keseluruhan bil hospital swasta.
• Harga topeng muka semasa pandemik mencecah RM5 satu helai, walaupun harga sekotak 50 helai cuma RM20.
• Tiada kawal selia pada 70% caj hospital swasta. Harga boleh ‘ikut suka’ hospital.
• Contoh inflasi melampau: Oral gel dijual RM110 di hospital, tapi harga pasaran kurang RM30.
• 70% kos penjagaan kesihatan seseorang berlaku dalam 20 tahun terakhir hayat mereka, maka warga emas paling terkesan.
• Pengerusi Malaysian Coalition of Ageing cadangkan had caj hospital swasta dan guna ubat generik untuk kurangkan kos.
• Bank Negara Malaysia dah beri amaran dalam Laporan Tahunan 2024, tapi belum ada tindakan kawal selia jelas setakat ini.
Mungkin ada benarnya kata-kata sindiran sosial “Orang miskin dilarang sakit”.
Mungkin rakan-rakan dalam industri kesihatan terutamanya para doktor ada pandangan berbeza tentang isu ini?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran