Kajian Demi Kajian Kos Sara Hidup
18 Disember 2013: Cadangan penubuhan makmal kos sara hidup – Khairy Jamaluddin
28 Disember 2015: Jawatankuasa kos sara hidup akan ditubuhkan – TPM Zahid Hamidi
9 Disember 2017: Kerajaan setuju tubuhkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Hamzah Zainudin
[UPDATE 25 Januari 2019: Di zaman Malaysia Baru pun masih ada]
25 Januari 2019: Kementerian memulakan kajian lebih komprehensif mengenai punca peningkatan kos sara hidup – Saifuddin Nasution Ismail
Alhamdulillah, selepas bertahun-tahun kajian demi kajian dijalankan akhirnya ia diterima sebagai cadangan untuk membuat kajian baru.
Suka saya cadangkan kepada kerajaan beberapa lagi institusi untuk memantapkan lagi usaha-usaha kajian yang dibuat.
Selain daripada makmal, jawatankuasa dan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup, ada beberapa lagi institusi yang sesuai ditubuhkan, antaranya ialah:
✔Tadika Sara Hidup
✔Sekolah Rendah Sara Hidup
✔Sekolah Menengah Sains Sara Hidup
✔Maktab Rendah Sains Sara Hidup
✔Institut Pengajian Kos Sara Hidup
✔Jabatan Kaji Sara Hidup
✔Fakulti Pengajian Sara Hidup Rakyat
✔Kolej Universiti Sara Hidup Malaysia
✔Universiti Kajian Sara Hidup Malaysia
✔Kementerian Khas Kajian Sara Hidup
Dengan adanya institusi-institusi di atas, saya yakin kos sara hidup rakyat akan semakin mudah untuk dikaji setiap tahun.
Bercukurlah teman-teman, Malaysia masih aman.
Janji dicapati.
Ada cadangan tambahan? Boleh berikan komen.
Jika Kementerian Khas Kaji Kos Sara Hidup, siapakah calon yang layak? Boleh komen.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
saya berpendapat, kita harus bekerjasama.
https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/03/14/penalti-seksyen-1123/