fbpx

Panduan Pelaburan Saham Amanah Menggunakan Lipper Table

  • 8 years ago
  • 3Minutes
  • 535Words
  • 490Views

2

LIPPER TABLE

Ini adalah jadual Lipper yang dikeluarkan oleh akhbar The Edge, keluaran terbaru selepas diharamkan tempoh hari yang dikenali sebagai “Lipper Leader Fund Ratings” atau “Lipper Table”.

Jadual ini dijadikan rujukan untuk membuat penilaian sesuatu dana saham-saham amanah yang diurusniaga di Malaysia.

Saya ingin kongsikan satu tip yg Tuan-Puan boleh gunakan utk melabur saham amanah.

Tahukah anda, tip ini tidak banyak dikongsi oleh sesetengah perunding saham amanah?

Sebab, kebanyakan ejen “terpaksa” mempromosi dana-dana saham amanah di dalam fund house mereka sahaja.

Dan jika dikongsi, pelabur akan melihat dana-dana lain dari pelbagai syarikat dan asaham amanah yang ada di Malaysia.

Alternatifnya ialah ‘”one sigle license” dengan menggunakan satu platform untuk akses hampir semua dana dan fund house.

Alternatif ini untuk pelabur dan juga perunding.

Dan alternatif ini, sesuai untuk pelabur, bagi membolehkan melabur di pelbagai dana dengan menggunakan satu platform.

Manakala kelebihan alternatif ini untuk perunding pula, ia meng’liberal’lkan para perunding supaya tidak terikat dan bias dengan dana dari satu syarkat sahaja.

 

TIP PELABURAN MENGGUNAKAN LIPPER TABLE

Ini tip tersebut, rujuk pada Lipper Table dan Tuan-Puan akan dapati ada rating yg diberikan oleh Lipper utk membuat penilaian terhadap dana-dana saham amanah tersebut.

Rating yang diberikan oleh Lipper ada 3;

1. TOTAL RETURN:

Jumlah pulangan pelaburan dana dari awal ia dipasarkan sehingga tarikh terkini.

Rating tinggi memberi maksud dana-dana tersebut memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding rating rendah.

2. CONSISTENT RETURN:

Pulangan secara konsisten dari awal ia dipasarkan hingga terkini.

Dana-dana yang memberi pulangan secara konsisten setiap tahun diberikan rating yang lebih tinggi.

3. PRESERVATION:

Ini aspek penting dalam pelaburan, bukan sekadar pelaburan saham amanah.

Ini ialah penilaian terhadap dana-dana yang mampu berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak dijangka.

Pada musim ekonomi stabil, kebanyakan dana dapat berikan pulangan yang baik, tapi pada musim ekonomi gawat bukan semua dana dapat berikan pulangan yang memberangsangkan.

Jadi rating yang tinggi pada “preservation” menunjukkan dana-dana yang sudah terbukti dan teruji mampu memberi pulangan ketika tekanan ekonomi ketiga gawat.

Dana yang lemah dari aspek ini diberikan rating yang corot no 1.

Rating terbaik digredkan mengikut urutan 1 yang paling lemah atau corot hingga maksima 5 atau LEADER sebagai yang paling baik.

Jadi, apabila membuat pelaburan dalam amanah saham, boleh gunakan panduan yang diberikan oleh Lipper ini.

Sebaiknya pilih yang mempunyai rating tinggi, sama ada 4 atau LEADER untuk ketiga-tiga ciri.

 

 

BAGAIMAN MAHU MELABUR?

Berdasarakan kriteria tersebut, Tuan-Puan akan dapati dana-dana yg menunjukkan performance yg bagus, datang dari pelbagai syarikat.

Cara biasa utk melabur ialah dengan berjupa ejen-ejen unit trust di setiap syarikat dan kemudian melabur melalui mereka.

Namun, tahukah Tuan-Puan, ada platform perunding saham amanah untuk memasarkan lebih daripada 300 dana dari lebih 25 syarikat saham amanah dengan konsep “one single license”?

Ketika saya mula-mula tahu konsep ini saya sangkakan ia “broker” atau mungkin scam.

Apabila diselidiki, ia platform yang sah dan mendapat lesen daripada pihak berwajib dalam pelaburan iaitu Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Kelebihan konsep ini adalah para perunding tidak terikat dengan mana-mana syarikat saham amanah dan jadi “bias” ketika memasarkan dana saham amanah syarikat yang diwakilinya sahaja.

Dgn konsep ini, para perunding akan menganalisa dana-dana terbaik dari segi
1. Total Return
2. Consistent Return
3. Preservation,

dan kemudian memberi nasihat berdasarkan prestasi-prestasi tersebut.

Yang menariknya, ia merentas dana dari pelbagai syarikat saham amanah yang ada.

Berminat? PM saya

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments
  1. Avatar
    • Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tip RM | di Bazar Ramadhan Esok masih ada. Apabila…