fbpx

Isu kontroversi filem Mentega Terbang: Akidah Islam dan politik dalam pertentangan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 267Words
  • 150Views

Jika ada yang tak tahu, Menteri Agama dan JAKIM sudah pun keluarkan kenyataan sejak beberapa hari lepas mengenai filem Mentega Terbang yang bertentangan akidah Islam.

Malah filem ini sudah diarahkan oleh SKMM di bawah Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk dikeluarkan oleh VIU.

Semoga isu ini tidak perlu dikatakan dengan politik kepartian sempit.

Ia isu akidah umat Islam, bukan isu politik. Siapa pun memerintah, wajib mengambil tindakan serius perkara ini supaya tidak berulang lagi.

Sebagai umat Islam pula, wajib bersatu tanpa kira warna bendera politik.

Kalau saling mencari salah, yang gembira ialah golongan liberal dan anti-Islam yang menyokong agenda sebegini rupa.

Malang sekali jika ada mana-mana umat Islam yang mengheret isu ini dengan ketaksuban politik sempit mereka.

Satu pihak mendakwa ia ditayangkan kepada awam pada zaman kerajaan sekarang.

Satu pihak lagi mendakwa ia sudah disiarkan sejak zaman kerajaan lama.

Kemudian pihak yang mula-mula tadi membalas balik filem dah disiapkan sejak zaman sebelum itu lagi dan disiarkan pada zaman mereka secara private dan tidak terbuka seperti sekarang.

Jika melihat daripada kaca mata politik, inilah jadinya. Macam lagu “bangau oh bangau” , yang akhirnya jadi “bangang oh bangang”.

2 kali 5 sahaja….

Umat islam bergaduh, golongan liberal tepuk tangan sahaja. Sekalipun filem mereka gagal mendapat tempat, tapi ia berjaya memecahkan umat Islam.

Besar harapan saya agar pihak berkuasa agama mengambil tindakan tegas terhadap semua umat Islam yang terlibat dalam produksi filem yang mempromosi murtad ini.

Berdasarkan pengalaman cetek saya, dialog dan lakonan mereka menyebabkan tergelincir akidah dan wajib untuk bersyahadah kembali.

Namun kita menginsafi bahawa di Malaysia tidak ada undang-undang tegas anti murtad sejak sekian lama.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended