fbpx

Pegang kemas-kemas prinsip ini. “Berhati-hati dengan pelaburan yang sedang trending”.

  • 2 years ago
  • 7Minutes
  • 1230Words
  • 343Views

“Berhati-hati dengan pelaburan yang sedang trending”.

Pegang kemas-kemas prinsip ini.

“Berhati-hati dengan pelaburan yang sedang trending”.

Saya sudah pegang prinsip ini sekian lama dan sangat selesa tidak mengikut pelaburan yang sedang trending.

Ia terpakai dalam SEMUA pelaburan tidak kira pelaburan emas, hartanah, saham, unit trust, kripto, private mandate dan segala macam tok nenek pelaburan yang akan wujud pada masa akan datang.

Artikel bertajuk “Pelaburan Trending” ini ditulis pada tahun 2016 lagi dan dikongsi beberapa kali di media sosial yang saya kendalikan.

Siapa yang follow di FB personal saya sebelum ini, akan perasan perkara ini. Saya kongsikan balik tulisan lama itu dengan beberapa tambahan info. Jika ada yang salah, tolong betulkan.

PELABURAN TRENDING

Pelaburan yang sedang trending selalunya ia sudah sampai ke pucuk, dan selalunya bakal turun.

Ketika sedang trending, pelabur yang paling beruntung ialah pelabur yang sudah melabur tahun-tahun sebelum ia trending kerana ia masa terbaik untuk mendapat pulangan.

Pelabur yang baru sertai belum tentu mendapat untung.

EMAS

Contohnya pada tahun 2010-2012, emas sangat trending sehingga makcik kantin pun bercakap tentang emas. Pemain-pemain emas muncul macam cendawan, seminar-seminar emas laris macam goreng pisang panas.

Ada pemain yang sudah otai, ada pemain yang newbie. Yang menariknya, ada yang newbie pun mengaku pakar dan mengendalikan seminar pelaburan emas.

Ketika itu harga emas naik mencanak-canak, dan pelaburan emas sangat trending. Sampaikan skim-skim pelaburan emas SCAM pun turut mendapat tempat.

Selepas 2012, harganya mulai jatuh sedikit demi sedikit hingga. Ramai pelabur yang baru mula melabur pada tahun ia di pucuk mula merasakan pelaburan emasnya merugikan.

Rentetan itu pula maka timbul pula pelaburan emas gaya baru dengan cara emas delay, ETA, ar-Rahnu dan lain-lain untuk ‘cover’ kerugian daripada kejatuhan harga emas semasa.

2020 ke 2021 ketika zaman pendamik, emas naik tertinggi dalam sejarah dan ramai orang berpusu-pusu membeli emas. Tidak kurang juga yang sertai program emas pelik-pelik.

2022 apabila pasaran emas mulai perlahan, ramai yang mulai resah lebih-lebih lagi yang melabur secara leverage.

KUALA LUMPUR 09 NOVEMBER 2016. Pengunjung melihat papan eloktronik yang menunjukkan pasaran saham jatuh setelah Donald Trump diumumkan sebagai Presiden baru Amerika Syarikat di RHB Investment Hall, Jalan Tun Razak. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

SAHAM

Penghujung 2012, pelaburan saham pula mula mendapat tempat. Ramai pemain-pemain saham muncul dan mulai dikenali. Seminar-seminar saham mula laris macam goreng pisang panas. Sifu-sifu pelaburan saham semakin ramai.

Hampir sama ketika fenomena emas melanda. Ada otai dan ada newbie. Ada juga newbie yang mengaku pakar menganjurkan seminar saham.

Pada 2016 harga saham nampak agak menurun. Pemain-pemain otai saham senyum sahaja kerana ia adalah normal. Tapi ia menimbulkan panik bagi si newbie.

Bursa Malaysia pernah mencecah pada paras tertinggi ketika 2020 – 2021 dan dilaporkan ramai yang membuka akaun CDS ketika itu.

Pernah diberitahu bahawa majoriti yang buka CDS tahun 2020 – 2021, tidak aktif pun sekarang.

HARTANAH

Begitu juga dalam pelaburan hartanah dalam beberapa kategori. Contohnya hartanah lelong, dahulunya amat mudah untuk dapat harga reserve di bawah harga pasaran. Kini pembeli lelong makin bertambah sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, persaingan makin sengit untuk mendapat harga reserve.

Sektor hartanah naik dengan pesat dari 2010 hingga 2016, malah ada yang meningkat 100% harga rumah dalam 2 – 3 tahun dibeli. Ketika ia memuncak, muncul player-player hartanah “segera” yang mengaku pakar hartanah, menganjurkan seminar dengan pelbagai method. Tidak kurang juga scammer hartanah yang muncul dalam pelbagai agak versi.

2016 hingga kini dengan ekonomi yang agak perlahan setahun dua ini, harga rumah tidak jatuh tapi ramai pemilik rumah yang ingin menjual rumah di bawah harga pasaran. Boleh rujuk REN yang anda kenali untuk dapatkan listing hartanah di bawah harga pasaran.

Jika dulu teknik flipping sangat popular apabila ramai yang berkongsi kejayaan menjual rumah yang dibeli ketika under construction dengan harga sekali ganda selepas dapat kunci, tapi kini ia tidak lagi relevan.

Sekitar tahun 2014 ke 2016, rumah teres di Lembah Klang yang berharga RM300,000, boleh dijual RM600,000 selepas dapat kunci. Tapi jika ia dilakukan pada sekitar 2017 ke atas, agak sukar untuk mendapat deal sebegitu rupa.

Yang beli rumah untuk tujuan flipping ketika zaman trending strategi flipping dijalankan, kini hanya berputih mata kerana ada banyak “bleeding” dan tidak kurang juga yang jatuh bankrap.

Jika lihat senarai rumah lelong, ramai juga pemilik rumah yang berusia bawa umur 30 yang rumah mereka dilelong dan sudah pasti membawa kepada title bankrapsi.

SAHAM AMANAH / UNIT TRUST

Sekitar tahun 2010 harga saham amanah banyak yang melambung menjadikan ia pelaburan alternatif yang digemari.

Beberapa syarikat unit trust makin popular ditambah pula dengan ia mudah dilakukan melalui wang KWSP.

Para pelabur digalakkan melabur melalui KWSP kerana dikatakan pulangannya lebih tinggi dari pulangan KWSP.

2016, didedahkan oleh CEO KWSP sendiri bahawa, rupa-rupanya hanya 20% pelabur unit trust yang mendapat pulangan lebih tinggi dari KWSP.

KRIPTO

Bitcoin bermula pada tahun 2009 dengan harga USD$1 = 1,309.03 BTC dan popular pada 2011 ke 2013 apabila pertama mencecah harga USD$1 dan kemudian naik ke USD$30.

Ketika itu ia naik, ramai yang mencuba pelaburan ini dan tidak kurang juga yang skeptikal.

Dan seperti biasa dalam mana-mana pelaburan yang sedang trending akan muncul scammer yang mengambil kesempatan dengan menunggang popularitinya dengan skim-skim pelik.

2013 – 2014 Bitcoin pernah jatuh dan teruk dan ramai yang rugi besar.

2017 pertama kali cecah USD$1,000 dan kemudian USD$5,000! Dan ramai yang berpusu-pusu masuk balik.

Dalam masa sama muncul pelbagai kripto alternatif kepada Bitcoin.

Pelaburan jenis ini sangat volatile malah pernah Kripto Luna jatuh teruk hampir nilai 0 dan ada yang bunuh diri.

WHAT’S NEXT?

PRIVATE MANDATE

Private Mandate sudah lama ada, tapi hanya popular pada tahun 2020 – 2021.

Produk ini dipasarkan oleh Financial Planner atau Marketing Representative (MR). Namum malangnya ramai MR jadian yang mempromosi instrumen ini secara misleading dengan menawarkan pulangan yang muluk-muluk.

2022 ia agak sepi dan sudah tak ramai yang mempromosinya apabila pulangannya perlahan, seiring dengan pasaran saham.

PREFEENCE SHARES / REDEEMABLE PREFERENCE SHARES

Instrumen ini pun sudah lama ada, seiring ordinary share yang dipasarkan secara awam di papan bursa. Pelaburan jenis ini disasarkan kepada golongan sophisticated investors atau pelabur yang mempunyai high networth (HNW Investors).

Ia mula popular mulai hujung 2021 hingga kini.

Namun malangnya ramai ejen-ejen mempromosi ia secara terbuka, malah ada yang sampai buat personal loan untuk melabur. Ada juga yang kongsi-kongsi duit simpanan sesama ahli keluarga untuk melabur kerana ia memerlukan jumlah minima sekitar RM5,000 ke RM100,000 untuk memulakan pelaburan.

Beberapa bulan lepas, sudah ada kes yang tersontot kononnya melabur dalam sebuah I-RPS atau Islamic Redeemable Preference Shares.

Kita tengok apa selepas ini.

2022, tidak tahu apa pula berlaku selepas ini, sama ada naik, turun atau …..

Poin penting yang ingin saya kongsikan ialah;

  • Sesuatu yang naik, pasti akan turun.
  • Pelaburan yang sedang hangat diperkatakan ramai bukanlah pelaburan yang baik untuk disertai KETIKA ITU. Tunggu ia sejuk sedikit
  • Pelaburan terbaik ialah pelaburan ilmu. Pelaburan kedua terbaik juga adalah ILMU.
  • Melabur menggunakan ilmu bukan emosi. Bukan ikut-ikutan, bukan sebab trending.
  • Pelaburan umpama kita menanam pokok. Hasilnya bukan untuk kita tuai sebulan dua. Takkan kahwin hari ini dapat anak esok? Eh!

Afyan Mat Rawi, IFP.

p/s: Apakah pelaburan yang tidak trending sekarang? Melaburlah di situ.

p/ss: Apakah palaburan yang tidak trending itu? Jika saya beritahu, ia akan menjadi trending

Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM29 sahaja! Harga biasa RM49, tapi sempena musim pesta buku, saya buat PROMOSI TERKEJUT RM29 sahaja (tak termasuk postage)

Klik

Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.

*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran

*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Akif Radzi https://www.facebook.com/akifradzi.infaq/posts/pfbid02khaW7BRGnXrsKH2w75rKVJwL3t4Uk5E3MKm2QaFTS2bMNCcRusc4mrXFpLxeFuQ1l INSTALMENT AKAN MENINGKAT SELEPAS…