fbpx

Pejabat Alfafa Kena Pecah?

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 225Words
  • 401Views

Ini The Real #nerakawang.

(Maaf, terguna hashtag ini)

“Petang tadi, aku nak pergi ke kedai runcit di Mutiara Gombak.

Tiba-tiba aku terlihat kelibat beberapa orang pekerja berbangsa India sedang memunggah barang keluar daripada sebuah pejabat.

Lalu aku bertanya kepada salah seorang yang berada di situ, kelihatannya seperti Bos kepada pekerja-pekerja tersebut

“Nak pindah barang ke? ”

B:” Ya nak bawa barang keluar”

A: “Ni pejabat apa ya? (sambil tengok signage, nampak papan tanda Alfafa)”

B: “Oh ni pejabat Alfafa. Orang dia sudah lari, hilang. Saya mahu cari dia orang”

A:” Oh ya ke Alfafa? Macam mana you buka pintu? Ni barang-barang semua nak buat apa”

B:” Saya pecah la. Masuk ambil barang. Nanti barang-barang ni semua mau jual”

A: “Oh yeke. Boleh saya ambil gambar?” terus aku ambil beberapa keping gambar, lantas Bos bertanya kerana rasa curiga

B: “You amek gambar untuk apa?” Curiga. Mungkin dia ingat aku orang Alfafa. Menakutkan juga cara dia tanya. Macam cari gaduh.

A: “Oh ni gambar mau bagi sama Tuan Afyan. Dia suka tengok gambar-gambar Alfafa”

B: “Nak buat apa gambar tu?” masih curiga lagi

A: “Tuan Afyan ni dia maklumkan pada masyarakat mengenai pelaburan-pelaburan scam yang berlaku dalam masyarakat sekarang ni. Sebab tu saya ambil gambar ni, nak dia tolong share sekali. Ini orang Alfafa memang sudah lari, hilang”

B:” Oh ok. Takpe.”

Aku tanya apa khabar?”

Sumber: RAHSIA

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Aktiviti semalam, sesi latihan mingguan utk #TeamINFAQInvestment unit trust Single License Investment…