Pelaburan Jual Beli Emas; Raikan Perbezaan Pendapat
Beberapa orang rakan bertanyakan saya hal ini.
Secara personal, saya menghormati semua pandangan dari alim ulama dalam bidang ini.
Ia adalah satu rahmah buat ummah dan pengguna.
Semoga semua berlapang dada dan harapan saya perbezaan ini ditangani dengan harmoni.
Yang penting perbezaan pendapat itu datang dari ilmuan Islam yang selayaknya bukan dari Tok Penyangak, Khalifah Riba, CEO Jubah, ejen takaful, ejen emas dan lain-lain yang di luar kepakaran mereka.
Orang awam macam saya boleh berpegang dengan mana-mana pandangan tanpa memperlekeh pandangan berbeza.
Ilmu fiqh muamalat sangat luas. Dalam sesuatu isu, boleh ada 3-4 pandangan berbeza.
Dalam bab urusan jual beli emas, boleh pilih jalan yang bebas dari khilaf iaitu dengan cara pembelian secara tunai.
Jika ingin membeli secara ansuran, pastikan melalaui platform dan institusi yang sudah disahkan patuh syariah.
Ada beberapa platform utk pelaburan emas patuh syariah, antaranya Kuwait Finance House, Ar-Rajhi Bank, Bank Muamalat, Public Gold, Hello Gold.
Bacaan tambahan;
Antara instrumen pembukaan emas patuh syariah ialah melalui Bank Muamalat;
https://afyan.com/bank-muamalat-tawar-akaun-emas.html/
Public Gold juga mempunyai penasihat syariah mereka yang menawarkan konsep pelaburan emas secara ansuran;
https://afyan.com/public-gold-disahkan-patuh-syariah.html/
https://afyan.com/tahniah-public-gold.html/
Ini beberapa artikel saya berkaitan isu patuh syariah ketika musim ETA emas Tok Penyangak dan dikecam teruk oleh pengikutnya
https://afyan.com/emas-riba-dan-khilaf.html/
https://afyan.com/isu-manipulasi-emas.html/
Jika nak sertai #SeminarBMW Bijak Mengurus Wang boleh klik http://seminarbmw.afyan.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran