fbpx

Pengalaman | Hijrah

  • 1 year ago
  • 1Minute
  • 164Words
  • 226Views

Pengalaman | Hijrah

Antara tanggungjawab dalam kerjaya saya ialah mengajak dan menyeru orang ramai supaya berhijrah dari sistem kewangan riba konvensional kepada yang patuh syariah.

Ia memerlukan usaha, hikmah dan ilmu untuk melakukannya.

Selalunya, mengajak pelanggan sama ada bank, kad kredit, insurans konvensional, pinjaman konvensional untuk berhijrah adalah lebih mudah…

… berbanding untuk mengajak ejen yg mempromosi produk kewangan konvensional untuk berhijrah.

Sama juga mengajak trader forex berhijrah meninggalkan forex trading yang haram, memang sukar.

Sama macam mengajak leader skim cepat kaya, skim piramid, scam berhijrah meninggalkan aktiviti haram.

Sama juga untuk mengajak leader MLM haram berhijrah meninggalkan perniagaan mereka.

Sebabnya, mereka sudah menikmati duit hasil kerja keras mereka dalam insurans konvensional yang / forex / skim cepat kaya / skim piramid / scam / MLM haram.

Pengalaman saya berhijrah meninggalkan pendapatan haram RM40,000 memang memerlukan mujahadah yang tinggi dan semangat yang kental.

Saya doakan diri saya dan rakan-rakan terhindar dari dosa riba yang berperang dengan ALLAH.

Nahnu du’atun laisal qadhi.

Salam Ma’al Hijrah!

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended