Pelaburan-Pilih Yang Patuh Syariah Dan Bebas Korupsi
Dalam institusi pelaburan, kita akan pilih berdasarkan beberapa faktor.
Faktor PERTAMA, kita akan pilih yg patuh syariah.
Mana-mana produk atau kompeni yang tidak patuh syariah, kita akan TOLAK.
Faktor KEDUA, kita akan lihat track record.
Selalunya kita tengok berdasarkan prestasi fund manager dan institusi terbabit.
Contohnya, 3 institusi dan fund manager d bawah;
INSTITUSI 1:
Ada institusi yang fund manager sudah puluhan tahun diberi peluang menguruskan lebih 13 dana tapi nampaknya hanya berundur ke belakang dengan rekod 71 kali siasatan korupsi – kita TOLAK.
Walaupun fund manager berjanji untuk memperbaiki prestasi pada masa hadapan. Prestasi mengurus lebih 10 dana banyak yang merugikan sejak puluhan tahun.
INSTITUSI 2:
Ada pula institusi yang fund manager diambil dari institusi yang 71 kali rekod korupsi. Rekod sedia ada 21 kali siasatan korupsi – kita terpaksa TOLAK juga.
Kita tolak sebab prestasi yang tidak meyakinkan. Baru menguruskan satu dua dana beberapa tahun, 20 lebih kertas siasatan korupsi dibuka dalam masa 5 tahun terakhir. Malah ada dana yang diuruskan beberapa bulan terpaksa ditutup sebab fund manager belot sehingga terpaksa diambil alih dengan fund manager pertama.
INSTITUSI 3:
Menguruskan 1 dana selama 20 tahun lebih tanpa sebarang rekod korupsi. Laporan korupsi pun tiada apatah lagi diambil tindakan.
Yang ini kita mesti pilih. Bagi peluang untuk fund manager menguruskan dana-dana lain yang ada. Walaupun hanya satu dana, tapi laporan audit menunjukkan skor 99% dan lebih tinggi berbanding dana-dana lain.
Selamat melabur!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran