fbpx

Pelaburan Saham vs Perdagangan Saham

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 605Words
  • 426Views

Jangan terpengaruh

Jangan mudah terpengaruh jika ada yang mempromosi pelaburan saham sehari boleh dapat 10%, 100%, 300%.

Bukan nak kata ia scam, tapi saya nak beritahu ia BUKAN PELABURAN SAHAM. Itu ialah PERDAGANGAN saham. Atau disebut sebagai trading.

Nampak macam sama, tapi cara berbeza.

 

Perdagangan Saham

Analogi mudah, tengok contoh di bawah.

Kalau kita beli durian dari peraih, kemudian kita jual, maka kita adalah peniaga durian. Kita boleh dapat untung hari-hari. Atau kita terus beli direct dari pengusaha ladang durian.

Selalunya jika dari KL, kita cari durian di Bentong, Pahang. Mungkin nak kena beli dari banyak pengusaha pengusaha ladang durian.

Kita kena bergerak aktif untuk cari durian daripada peraih atau peladang untuk dapat kos paling rendah, kemudian kita cari lokasi strategik untuk buka khemah, dan jual.

Lepas beli durian di Bentong, kita pun balik KL untuk jual pula durian tadi. Jika lokasi bagus, cuaca baik, hari gaji, kita ada peluang jana keuntungan tinggi. Tapi jika hujan lebat, tengah bulan, hari cuti, keuntungan akan berkurangan.

Analogi di atas, ialah aktiviti PERDAGANGAN saham.

Pelaburan Saham

Bagaimana pula dengan aktiviti PELABURAN saham? Baca pula contoh di bawah, saya gunakan analogi DURIAN yang sama.

Kalau kita cari benih durian, kemudian kita tanam untuk dapat hasil, maka kita adalah pengusaha durian. Kalau kita buka ladang besar-besar untuk mengusahakan duri, maka kita jadi peladang.

Kerja peladang durian berbeza dengan peniaga durian. Kita akan cari bermula dari benih durian, kemudian tanam, kemudian semai, baja, siram dan jaga ladang dan tanaman sampai ia membesar dan menghasilkan buah. Ada tempoh masa tertentu untuk tanaman kita itu mendapat hasilnya.

Ok, dah boleh beza?

Yang melabur, kita panggil pelabur atau investor.

Manakala yang berdagang, kita panggil pedagang atau trader.

Dua-dua pun penting untuk kelestarian bursa.

Ada orang suka jadi pelabur. Ada orang suka jadi pedagang. Pucuk pangkal, kena ada ilmu.

Sama macam durian tadi, kena ada pengusaha durian barulah ada peniaga durian. Kalau ada pengusaha sahaja, tapi tak ada peniaga, bagaimana durian nak sampai kepada pembeli durian? Begitu juga kalau tak ada pengusaha durian, bagaimana peniaga nak cari durian?

 

Cari Ilmu

Nak berniaga pun kena ilmu, nak bercucuk tanam pun perlu ilmu. Tapi ilmu berbeza. Ilmu berniaga tak sama dengan ilmu buka ladang. Komitmen dan risiko pun berbeza-beza.

Orang yang bercucuk tanam tak perlu tunggu depan pokok untuk tengok durian berbuah. Tak macam peniaga, dia kena ada depan khemah longgokan durian untuk urusan jual beli dengan pelanggan. Kalau peniaga tak ada dekat tempat jual durian, ada risiko durian kena curi atau pelanggan lari.

Orang yang berdagang durian, boleh keluar modal sebelah pagi untuk beli dari peraih di Bentong, kemudian balik KL jual dan dapat untung pada petangnya.

Berbeza dengan orang yang baru buka ladang durian, takkan tanam benih hari ini, nak dapat buah durian esok pagi?

Takkan kahwin hari ini dapat anak esok? Eh?

Sebelum melabur atau berdagang, perlu ada asas kewangan yang kukuh.

Boleh belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Klik BukuBMW

Topik ini dalam modul Modul Kewangan I.N.F.A.Q yang terkandung dalam #bukuBMW ini di bawah topik dan modul PELABURAN.

Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu

  1. Aliran Tunai
  2. Aset dan hutang
  3. Simpanan
  4. Perlindungan
  5. Pelaburan
  6. Penyucian
  7. Pewarisan

Boleh dapatkan buku Bijak Merancang Wang di BukuBMW, setebal 320 muka surat halaman warna.

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.

Pembeli buku ini akan dapat hadiah:

  1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
  2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik BukuBMW
Ketik BukuBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, sungguh mudah transfer ke akaun Tabung Haji guna kemudahan…