fbpx

Pelanggan bank Amerika kafir lebih menghargai perbankan Islam daripada orang Islam Malaysia

  • 10 months ago
  • 1Minute
  • 160Words
  • 106Views

Ini bukan logo PAS yang diubahsuai. Ini ialah logo Devon Bank, sebuah bank patuh syariah di Amerika Syarikat.

Tagline mereka “Faith Based Financing”, atau pembiayaan yang berasaskan iman.

Ia beroperasi di banyak negeri di US seperti di Arizona, California, Colorado, Florida, Georgia, Illinois, Indiana, Michigan, Minnesota, Missouri, North Carolina, Ohio, Oregon, Texas, Utah, Virginia, dan Wisconsin.

Bank ini berasal daripada Devon North Town State Bank yang ditubuhkan sejak 1945, dan menawarkan pembiayaan Islam sejak tahun 2003 untuk menggantikan sistem konvensional.

Menariknya, di negara yang majoriti orang kafir, pelanggan bank ini adalah daripada kalangan orang-orang kafir Amerika Syarikat.

Kalau orang kafir Amerika yang menjadi pelanggan Devon Bank tentu terkejut kalau tahu ada orang Islam di Malaysia yang mencemuh dan menghina perbankan Islam.

“Aku kafir pun pilih perbankan Islam yang lebih adil, tapi korang Islam duk maki perbankan Islam”, mungkin itu kata John Rembu selepas ditranslate ke bahasa Melayu melahirkan rasa terkejutnya jika menyedari perkembangan di Malaysia.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika kita boleh menghasilkan pulangan pelaburan konsisten 15% setahun, modal…