fbpx

Formula rule of 72 untuk mengira tempoh pelaburan untuk menghasilkan pulangan dua kali ganda

  • 11 months ago
  • 1Minute
  • 143Words
  • 144Views

Jika kita boleh menghasilkan pulangan pelaburan konsisten 15% setahun, modal kita kan bertambah sekali ganda dalam masa 4.8 tahun.

Bagaimana nak kira? Menggunakan formula rule of 72.

Mudah sahaja formula ini. Tak perlu jadi genius / pakar / menteri pun boleh gunakan.

Apakah itu rule of 72?

Ia adalah formula mudah untuk mengira berapa lamakah sesuatu pelaburan boleh menghasilkan pulangan satu kali ganda.

Formulanya ialah t= 72/r

t = term / tempoh

r = return / rate / pulangan / kadar

Contohnya, jika pulangan purata 15% setahun maka kiraannya ialah

72 bahagi 15 = 4.8 tahun.

Makannya, jika sesuatu pelaburan boleh memberikan pulangan konsisten 15% setahun, ia mengambil masa 4.8 tahun atau 4 tahun 10 bulan untuk menjadikan modal tersebut bertambah sekali ganda.

Jika kita laburkan RM10,000 ia akan menjadi RM20,000 dalam masa 4.8 tahun.

Makin tinggi ROI, makin cepat tempoh ia berkembang.

Ada tak mana-mana pelaburan yang boleh memberi jaminan pulangan 15%, setahun dan patuh syariah? Tak ada.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Inilah jadinya apabila ejen-ejen takaful dan insurans suka sangat menunjukkan…