fbpx

Pembiayaan peribadi dengan cagaran KWSP: Pilihan untuk mengatasi masalah kewangan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 345Words
  • 214Views

Kadar keuntungan bank untuk hutang bercagar KWSP kali ini adalah BR (base rate) + 1.75. OPR sekarang ialah 2.75 jadi effective rate ialah 4.5%, wicis yang paling rendah dalam pasaran berbanding normal personal financing (personal loan) yang biasa ditawarkan oleh bank-bank komersial untuk orang awam.

Biasanya kadar yang rendah sebegini ditawarkan kepada kakitangan awam, terutama Bank Rakyat.

Kadar keuntungan bank untuk pembiayaan peribadi biasanya sekitar 7% ke 8%. Paling rendah pernah jumpa pun 9%. Jadi 4.5% ini dikira rendah.

@afyan.ifp

Cadangan untuk menjadikan KWSP sbg cagaran hutang bank memang cadangan yg baik dan menguntungkan… #kwsp #financeguru #tiktokguru #fyp

♬ original sound – Afyan Mat Rawi, IFP – Afyan Mat Rawi, IFP

Kenapa bank boleh bagi rendah? Sebab ada cagaran KWSP. Setiap fasiliti hutang bank, kadar berbeza disebabkan risiko bank berbeza. Lagi rendah risiko, lagi rendah kadar keuntungan bank.

@afyan.ifp

KWSP sbg cagaran hutang bank ibarat gali lubang tutup lubang.. #financeguru #tiktokguru #kwsp #motivasikewangan

♬ Rumah Kita (Remix) – mfs mograph

Contohnya hutang rumah, kadarnya lebih rendah berbanding hutang kereta sebab rumah tak ada risiko hilang / total lost sebagaimana kereta. Kadar keuntungan bank bagi pembiayaan peribadi / personal loan lebih tinggi drp hutang kereta kerana ia langsung tak ada cagaran.

@afyan.ifp

Replying to @fis_rafisah2 Isu jadikan KWSP sbg cagaran bank (Part 3) #KWSP #Hutang #KerajaanMadani #Cagaran #motivasikewangan #tiktokguru #jombelajar #financeguru Part 1 @Afyan Mat Rawi, IFP Part 2 @Afyan Mat Rawi, IFP Part 4 @Afyan Mat Rawi, IFP

♬ AIN’T GONNA STOP – Carol Kay

Jadi, hutang pembiayaan peribadi yang MBSB Bank sediakan ini lebih rendah berbanding biasa kerana ada cagaran KWSP.

Jadi, bagi mereka yang betul-betul-betul mempunyai masalah kewangan yang terdesak mengeluarkan KWSP, boleh gunakan option ini untuk membantu.

@afyan.ifp

Berbaloi tak buat hutang bercagar KWSP? #Hutang #Bercagar #KWSP #MBSBBank Video lain di @Afyan Mat Rawi, IFP Part 1 KWSP sbg cagaran hutang bank adalah cadangan yg bagus @Afyan Mat Rawi, IFP Part 2 Gali lubang tutup lubang @Afyan Mat Rawi, IFP Kenapa buat hutang baru utk bayar hutang lama tak praktikal

♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Namun ia bukanlah jalan terbaik dan perlu cepat-cepat fokus kepada penambahbaikan kewangan sendiri. Sebelum buat hutang baru, periksa balik apa yang kita ada buat sepanjang beberapa kali pengeluaran KWSP dilakukan.

Jika banyak kali pengeluaran KWSP sebelum ini masih tak selesaikan masalah, bermakna ada yang tak kena dalam pengurusan kewangan.

Sebaiknya elakkan berhutang untuk bayar hutang. Ia hanya umpama gali lubang tutup lubang.

Usahakan cari jalan untuk selesaikan dalam masa setahun, sebab tahun pertama skim ini hanya perlu bayar keuntungan bank sahaja dan ia sangat rendah.

Selepas setahun berhutang dan selesaikan masalah kewangan, cepat-cepat buat total settlement.

Bagi yang mempunyai masalah keberhutangan serius, elok rujuk kes kepada AKPK. Mereka ada program khas untuk membantu mengstruktur balik hutang.

Rujuk posting saya sebelum ini berkenaan AKPK. Baca artikel di bawah

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terkejut membaca senarai "Senarai Projek- Projek Perumahan Swasta Kategori Sakit"…